Page 89 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 89
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2021
5. Jawatan kuasa Pusat Sumber Sekolah
1. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua/
Guru Besar, kakitangan PSS, guru dan murid.
2. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama JK Kurikulum Sekolah
3. Merancang pemerolehan dan pembinan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas
kini.
4. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan PSS yang
dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
6. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan
dalaman berhubung dengan PSS.
7. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah
8. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan PdP berasaskan sumber.
6. Jawatankuasa Panitia Mata pelajaran
1. Memperoleh sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang terkini.
2. Menyedia dan menyelaraskan rancangan pelajaran.
3. Memilih dan mencadangkan buku teks dan buku kerja jika perlu kepada jawatankuasa
kurikulum.
4. Memilih dan mencadangkan buku bacaan tambahan untuk kegunaan panitia pelajaran dan
pusat sumber sekolah.
5. Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran.
6. Merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi akademik
7. Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan, menganalisis keputusan peperiksaan dan
menyusun strategi mengatasi kelemahan murid.
8. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli panitia mata pelajaran yang berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
9. Menyedia dan memperoleh bahan bantu mengajar.
10. Merancang program khas murid bermasalah 3M.
11. Menyedia dan memastikan prosedur keselamatan dipatuhi.
12. Memastikan bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
13. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan kurikulum.
14. Mengurus perolehan mengikut tatacara kewangan.
15. Mengurus dan menyemak stok.
16. Memastikan fail-fail panitia dikemas kini.
7. Jawatankuasa ICT
1. Mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang
dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
2. Memastikan kemudahan insfrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau
kontraktor memenuhi spesifikasi seperti ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
3. Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari
termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya.
4. Memastikan kesemua insfrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik.
5. Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa di makmal komputer
6. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka
sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
7. Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh
W A W A S A N P E N J A N A W A R I S A N