Page 91 - manual-pengurusan-skdj2021
P. 91
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2021
6. Merancang dan melaksanakan aktiviti rekreasi murid Prasekolah
7. Permohonan kemasukan murid ke kelas prasekolah
8. Mewujudkan suasana kelas prasekolah yang kondusif
9. Mewujudkan persekitaran pembelajaran luar bilik darjah yang selamat
10. Membuat anggaran perbelanjaan peruntukan prasekolah
11. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM Peruntukan Tahunan Prasekolah)
12. Melaksanakan penyelenggaraan kelas prasekolah.
13. Pembimbing Pembantu Pengurusan Murid
14. Merancang Menu prasekolah
15. Menguruskan Hari Terbuka Prasekolah
11. Jawatankuasa Pemulihan
1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosedur yang telah
ditetapkan.
2. Menjalankan ujian-ujian diagnostik dan saringan untuk memastikan perkembangan murid.
3. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang
memerlukan pengajaran pemulihan.
4. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor,
pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang
tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.
5. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan kebajikan murid pemulihan.
6. Mengurus dan mengemaskini fail pemulihan.
12. Jawatankuasa PBS / PBD
1. Menyediakan takwim pengoperasian PBD
2. Menguruskan mesyuarat PBD 4 kali setahun
3. Menyediakan perekodan dan pelaporan PBD di sekolah
4. Menyedia dan melengkapkan fail PBD.
5. Merancang aspek pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.
a. Pementoran: Pementoran dalam konteks PBS ialah satu proses yang dijalankan untuk
penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut prinsip dan prosedur
yang ditetapkan
Mengadakan sesi perbincangan dengan Mentee.
Melaksanakan khidmat bantu, khidmat nasihat, mudah cara dan coaching
Memberi nasihat, teguran dan cadangan kepada Mentee
Melaksanakan tindakan susulan
b. Jawatankuasa Penyelarasan: Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan
pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman
peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran pemberian skor
Memahami tugasan, kesesuaian sampel dan memahami penskoran
Merawak sampel mengikut pencapaian
Melaksanakan tindakan penambahanbaikan pengajaran dan pembelajaran
c. Jawatankuasa Pemantauan: Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan
memastikan program PBD dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
Merancang aktiviti pemantauan,
Menyediakan instrumen pemantauan dan memaklumkan kepada guru mata
pelajaran
W A W A S A N P E N J A N A W A R I S A N