Page 1 - Teknik Pelayaran
P. 1
TEKNIK PELAYARAN
Untuk belayar buat pertama kalinya seseorang pelayar perlu mengetahui beberapa perkara
yang berkaitan dengan pelayaran terlebih dahulu. Pada sesi ini kita akan menerangkan
menegenai beberapa topik penting sebelum pelayaran,persediaan belayar dan seterusnya
teknik pelayaran.
Mengetahui Arah Angin
Sebelum kita turun belayar kita perlu terlebih dahulu tahu dari arah mana angin bertiup. Arah
angin boleh diketahui dengan beberapa petanda berikut:
1. Melihat arah pergerakan awan
2. Melihat asap dari bumbung atau asap dari apa-apa objek yang tidak bergerak.
3. Melihat daun-daun pokok terutamanya pohon kelapa.
4. Bendera yang dinaikkan pada tiangnya.
5. Baju diampaian terbuka.
6. Percikan dan bentuk alunan ombak.
7. Melalui deria rasa apabila angin mengenai muka, rambut dan telinga.
Setelah mengetahui arah tiupan angin,pastikan arah tersebut dengan merujuk kepada
kompas.
Mengetahui arah arus dan air pasang surut
Adalah penting untuk pelayar mengetahui arah arus, waktu air pasang surut dan juga
kekuatan arus semasa. Pengetahuan ini dapat membantu prlayar membuat persediaan dan
merancang cara untuk melancar dan mendaratkan bot serta menentukan arah sesuatu
pelayaran.
Arah arus dapat diketahui dengan cara:
1. Melihat arah hanyutnya objek ringan yang terapung di permukaan air.
2. Mengetahui jadual air pasang surut. Di perairan Royal Malaysian Navy Yatch Club
(RMNYC) arah pergerakan arus adalah seperti berikut:
● Apabila air pasang ia bergerak dari utara ke selatan.
● Semasa air surut ia bergerak dari selatan ke utara.
● Arus akan bergerak kuat 2 jam selepas pertukaran pasang surut hingga 2 jam
sebelum pertukaran.
● Arus juga akan bergerak lebih kuat pada masa pertukaran pasang surut yang
tinggi.
3. Arah haluan bot atau kapal yang sedang bersauh selalunya akan menghala ke arah
datangnya arus.
4. Arah arus ditunjukkan oleh arah kecondongan boya yang dipasang.
Walau bagaimanapun cara mengetahui arus yag paing tepat adalah mengikut jadual pasang
surut kerana cara-cara yang lain banyak dipengaruhi oleh faktor luaran terutamanya angin
kencang yang bertiup berlawanan dengan arah arus yang perlahan.
Persediaan Pelayaran
Sebelum turun ke laut pelayar hendaklah terlebih dahulu mengetahui dan memenuhi
syarat-syarat keperluan seorang pelayar.