Page 2 - Teknik Pelayaran
P. 2

Pelayar mestilah tahu berenang dan boleh mengapungkan badan semasa berada di air dan
               jangan sesekali turun ke air tanpa memakai jaket keselamatan atau pun alat pengapungan
               badan. Alat pengapunga badan ini hendaklah bersesuaian dengan saiz dan berat pelayar.
               Pelayar juga dikehendaki membawa gayung (bailer​) untuk menimba air keluar dari dalam
                                                            ​
               bot semasa berada di air. Untuk undang-undang kelas bot Optimist pelayar juga dimestikan
               membawa bersama wisel dan dayung kecil (paddle​). Kesemua peralatan keselamatan
                                                           ​
               tambahan ini perlu diikat ke bot sementara wisel pula perlu diikat ke badan.

               Pelayar juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian dengan keadaan tempat belayar.
               Pelayar perlu memakai pakaian dengan rapi dan bersesuaian dengan keadaan cuaca dan
               suhu setempat. Di negara seperti Malaysia yang bercuaca panas, pelayar dinasihatkan
               untuk memakai pakaian yang dapat menyerap haba seperti baju lengan panjang berwarna
               putih bagi mengelakkan masalah-masalah berkaitan haba seperti dihidrasi, kelesuan haba
               (heat exhaustion​) dan kulit kering. Kain jenis lekra adalah digalakkan. Sun block lotion​ perlu
                                                                                    ​
                ​
               dipakai untuk mengelakkan kulit dari sunburn​. Sun glasses ​dengan UV protection ​perlu juga
                                                   ​
                                                                                 ​
                                                             ​
               dipakai bagi melindungi mata dari percikan air laut dan sinaran matahari.

               Apakah yang menggerakkan bot?
               Apabila pelayar belayar dengan angin bertiup dari arah belakang, bot bergerak seperti mana
               bulu burung atau kapas yang ditiup angin. Bot bergerak bersama dengan angin dan arah
               pergerakan ini dinamakan running​.
                                         ​

               Apabila angin bertiup dari arah sisi bot,pelayar akan belayar secara close hauled ​atau pun
                                                                                  ​
               reaching​ dan bot akan bergerak ke depan. Semasa angin masih lagi menolak layar, bot
               akan bergerak ke arah sisi leeward​ (sideway​). Walau bagaimanapun, dengan adanya
                                                   ​
                                          ​
               daggerboard​ keadaan ini tidak berlaku. Sebagai contoh kita menekan sabun dengan ibu jari
               (sebagai angin dan air) dan jari-jari lain (sebagai daggerboard​). Tekanan ini akan
                                                               ​
               menyebabkan sabun tersebut meluncur keluar, seperti bot ditarik ke hadapan di dalam air.
               Angin dan daggerboard​ akan cuba membuatkan bot senget. Keadaan ini diimbangi dengan
                          ​
               berat badan kita berada di sebelah windward​, dan bot akan bergerak ke hadapan.
                                                  ​

               Bagaimana layar berfungsi?
               Apabila angin bertindak ke kawasan lengkung layar, terdapat tekanan (force​) bertindak ke
                                                                                     ​
               atas layar tersebut, berbanding dengan angin yang bergerak lurus tanpa tekanan (force​) ke
                                                                                                ​
               atasnya. Angin akan bergerak mengikut bentuk layar pada kedua-dua bahagian leeward​ dan
                                                                                              ​
               windward​ layar. Kuasa yang menarik angin melalui lengkungan belakang layar juga akan
               bertindak ke atas layar tersebut, menariknya ke arah yang berlawanan. Oleh sebab itu, lebih
               besar lengkungan layar maka akan lebih besarlah kuasanya. Kuasa yang terbentuk ada
               setiap bahagian layar adalah berbeza sesikit arahnya mengikut kepada bentuk lengkungan
               layar tersebut, tetapi untuk memudahkan kita kuasa ini boleh dianggap sebagai satu kuasa
               sahaja. Kuasa ke atas layar itu akan menarik bot ke arah depan dan juga ke sisi leeward​.
                                                                                              ​
               Arah tarikan ke sisi akan diatasi dengan adanya centreboard​ dan hanya meninggalkan
                                                               ​
               forward force ​untuk menarik bot ke depan.

               Kedudukan Badan Semasa Belayar
               Semasa belayar pelayar hendaklah duduk bertentangan dengan layar dan muka menghala
               ke arah bahagian tengah luff​ layar. Tangan belakang hendaklah memegang tiller extension
                                                                                          ​
                                        ​
               dan tangan depan pula memegang mainsheet​. Kedudukan yang betul adalah tidak
                                                  ​
   1   2   3