Page 3 - Teknik Pelayaran
P. 3

terlampau ke belakang atau terlampau ke hadapan. Kedudukan yang biasa selalunya
               adalah di belakang midship frame bulkhead​. Kedudukan badan hendaklah diubah mengikut
                                  ​
               berat badan, kekuatan angin dan juga arah pelayaran.

               Kedudukan badan yang terlampau ke belakang akan menyebabkan bahagian aft transom
                                                                                            ​
               akan tenggelam dengan lebih banyak ke dalam air. Keadaan ini akan menyebabkan lebih
               banyak rintangan di dalam air, menghasilkan pergolakan yang besar dan seterusnya
               menghasilkan tindakan arus eddy​. Di samping itu, keadaan ini juga akan menyebabkan
                                           ​
               keseimbangan bot terganggu.

               Apabila posisi pelayar terlampau ke hadapan, bahagian forward​ transom​ akan tenggelam
                                                                              ​
                                                                      ​
               dan berkemungkinan air akan masuk ke dalam bot sekiranya ombak besar. Bahagaian
               hadapan yang tenggelam akan menyebabkan keseimbangan bot terganggu dan menahan
               bot bergerak lancar ke hadapan.

               Kedudukan badan yang tidak seimbang juga akan memberikan kesukaran kepada
               pengendalian bot.
   1   2   3