Page 9 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 9

Pendahuluan



                                           **************************



                              Setiap  manusia  yang  beriman  memahami  perjalanan  dunia
                       merupakan  satu  perjalanan  yang  bersifat  sementara.  Persoalannya
                       bagaimana  kita  mengisi  perjalanan  itu  agar  kita  merasai  nikmat  di
                       alam  selepas  ini.  Sebelum  kita  melalui  alam  tersebut,  sudah  pasti
                       perjalanan  dunia  yang  kita  lalui,  akan  kita  olah  supaya  ia  menjadi
                       persinggahan. Sama ada sekejap atau lama persinggahan itu, sudah
                       pasti  ia  bergantung  kepada  matlamat  serta  tujuan  yang  kita  cipta.


                              Mencari  Redha  Allah  Ta’ala  adalah  tujuan  utama  dalam
                       perjalanan. Bukan semua kehendak hati mampu di capai. Begitu juga
                       bukan semua perkara yang sukar untuk kita terima, sebagai musibah
                       dunia. Semua perjalanan adalah ketentuan Allah Ta’ala.

                              Bagaimana kita melalui setiap perjalanan agar mampu memberi
                       kesan terutama pada hati. Lantas Di Sini Bermulanya Perjalanan
                       Mencari Redha Allah merupakan titik mula untuk mentafsir sebuah
                       perjalanan yang mungkin sebagai langkah pertama kita pada hari ini.


                              Walaupun  hari  ini  kita  baru  bermula,  namun  setidak-tidaknya
                       kita  tahu  di  mana  kita  akan  berakhir.  Kerana  perjalanan  ini  tidak
                       seharusnya  bermula  esok.  Perubahan  harus  di  segerakan.  Tiada
                       penangguhan dalam kita menuju perjalanan dunia ini.

                              Akhir  kalam,  semoga  perjalanan  yang  kita  cipta  mampu
                       merubah  sebuah  kehidupan  agar  ia  lebih  tersusun  dengan  warna-

                       warna pelangi. Kita tahu pelangi wujud ketika ada titis hujan. Tetapi
                       kita perlu tahu warna pelangi itu juga yang perlu kita susun dalam
                       hati nurani. Sebenarnya, tujuh warna pelangi itulah corak perjalanan
                       hidup kita semua.



                                                                                                   Penulis
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14