Page 10 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 10
Kisah Sahabat yang Ingin Memukul
Rasulullah S.A.W
Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W setelah jatuh
sakit yang cukup lama, sehingga Rasulullah S.A.W tidak dapat
solat berjamaah dengan para sahabatnya di Masjid. Dari buku
Kisah Tauladan Rasulullah disebutkan, pada suatu hari Rasulullah
S.A.W meminta beberapa sahabat membawanya ke masjid.
Rasulullah S.A.W di dudukkan atas mimbar, lalu Rasulullah S.A.W
meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid.
Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai sahabat-sahabatku
semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua
kepadamu, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T itu adalah Tuhan
yang layak disembah? Semua sahabat menjawab dengan suara
bersemangat, " Benar wahai Rasulullah S.A.W, Engkau telah
sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T adalah
Tuhan yang layak disembah.” Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda, "Persaksikanlah Ya Allah”.
Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kepada
mereka. “Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi, dan setiap
apa yang Rasulullah S.A.W sabdakan selalu dibenarkan oleh para
sahabat”. Akhirnya sampailah kepada satu pertanyaan yang
menjadikan para sahabat sedih dan terharu. Rasulullah S.A.W
bersabda, "Sesungguhnya, aku akan pergi bertemu Allah. Dan
1