Page 15 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 15
langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua
syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tetapi
itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah S.A.W gembira,
matanya masih penuh dengan kebimbangan."Engkau tidak senang
mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku
bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan bimbang, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar
Allah berfirman kepadaku, 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,
kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saat Izrail melakukan tugas. Perlahan-
lahan roh Rasulullah S.A.W di tarik. Nampak seluruh tubuh
Rasulullah S.A.W bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah S.A.W
mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya tunduk dan
Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau
palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah S.A.W pada Malaikat
pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih
Allah diranggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar
Rasulullah S.A.W mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.
"Ya Allah, dahsyat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah S.A.W mulai
dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya
bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan
telinganya.
6