Page 17 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 17
Pohon Kurma Abu Dujanah
Alkisah, ada seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang
bernama Abu Dujanah. Ia dikenal sebagai orang yang sangat
dekat dengan Rasulullah S.A.W. Namun, Abu Dujanah tidak biasa
dengan apa yang dilakukan oleh kebanyakan para sahabat. Jika
selesai solat selalu dia bergegas pulang.
Suatu hari, Rasulullah S.A.W menegurnya, "Wahai Abu
Dujanah, kenapa engkau tidak menunggu sehingga selesai bacaan
doa? Tidakkah kau memiliki permintaan kepada Allah?" Abu
Dujanah menjawab "Ya Rasulullah S.A.W, ada. Rasulullah S.A.W
berkata ''Lalu jika ada, mengapa engkau segera pulang?''. Abu
Dujanah pun akhirnya menjelaskan ''Bukannya aku tidak mahu
mendengarkan dan mengaminkan doa mu ya Rasulullah S.A.W.
Namun aku ini memiliki keluarga yang sangat miskin, tiada satu
pun makanan yang ada di rumahku, bahkan kami seharian
menahan lapar. Sedangkan aku memiliki tetangga yang memiliki
pohon kurma yang dahannya condong ke rumahku, maka jika
malam angin bertiup kencang pasti buah-buahnya jatuh ke
halaman rumahku."
Rasulullah S.A.W berkata lagi ''lalu apa masalah kamu?” Abu
Dujanah meneruskan ''Begini ya Rasulullah S.A.W, bahawa setiap
malam anak-anakku menangis kerana belum makan sepanjang
hari. Pernah suatu hari selesai solat subuh aku menunggu engkau,
sehingga selesai engkau membacakan doa. Namun yang terjadi
8