Page 16 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 16
"Uu’shiikum bis’shalaati, wamaa malakat aimaanukum -
peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.
"Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali
kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah S.A.W yang
mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku,
umatku "Dan, berakhirlah hidup manusia agung dan mulia yang
memberi sinaran sepanjang zaman.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma
Sholli 'alaa Muhammad Wa'alaihi Wasahbihi Wasallim. Betapa
cintanya Rasulullah S.A.W kepada kita. Usah gelisah apabila
dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di
dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah S.W.T kerana tiada lagi
yang mengasihmu di akhirat kelak.
Rujukan:
http://puspanita.perak.gov.my/index.php/17-info-agama/37-
kisah-sedih-saat-nabi-muhammad-wafat
7