Page 11 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 11

sebelum aku pergi, aku ingin menyelesaikan segala urusan dengan

                       manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua. Adakah

                       aku  berhutang  dengan  kalian?  Aku  ingin  menyelesaikan  hutang

                       tersebut. Kerana aku tidak mahu jika bertemu dengan Allah dalam


                       keadaan  berhutang  dengan  manusia."  Ketika  itu  semua  sahabat

                       diam,  dan  dalam  hati  masing-masing  berkata,  "Mana  ada

                       Rasulullah  S.A.W  berhutang  dengan  kita?  Kamilah  yang  banyak

                       berhutang dengan Rasulullah S.A.W.”




                              Tiba-tiba  bangun  seorang  lelaki  yang  bernama  Akasyah.

                       Lalu, dia berkata, "Ya Rasulullah! Aku ingin sampaikan masalah ini.

                       Seandainya ini dianggap hutang, maka aku minta kau selesaikan.

                       Seandainya  bukan  hutang,  maka  tidak  perlulah  engkau  berbuat

                       apa-apa”.  Maka  Akasyah  pun  mulai  bercerita,  "Aku  masih  ingat

                       ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau menunggang kuda,

                       lalu  engkau  pukul  cemeti  di  belakang  kuda.  Tetapi,  cemeti


                       tersebut  tidak  kena  pada  belakang  kuda,  sebenarnya  cemeti  itu

                       terkena  pada  dadaku  kerana  ketika  itu  aku  berdiri  di  sebelah

                       belakang kuda yang engkau tunggangi wahai Rasulullah.”



                              Mendengar  yang  demikian,  Rasulullah  S.A.W  berkata,


                       "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah. Kalau dulu aku

                       pukul  engkau,  maka  hari  ini  aku  akan  terima  hal  yang  sama.

                       Dengan  suara  yang  agak  tinggi,  Akasyah  berkata,  "Kalau  begitu

                       aku  ingin  segera  melakukannya  wahai  Rasulullah”.  Akasyah

                       seakan-akan  tidak  merasa  bersalah  mengatakan  demikian.

                       Sedangkan  ketika  itu  sebahagian  sahabat  berteriak  memarahi





                                                                                                         2
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16