Page 20 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 20

Kisah Bilal bin Rabah selepas kewafatan

                                                                              Rasulullah S.A.W




                              Setelah  Rasulullah  S.A.W wafat,  semua  sahabat  Rasulullah


                       S.A.W  betul-betul  merasa  rasa  kehilangan  dan  berasa  sangat

                       sedih.  Salah  seorang  sahabat  Rasulullah  S.A.W  yang  berasa

                       demikian  ialah  Bilal  Bin  Rabah.  Selepas  kewafatan  Baginda,  Bilal


                       terus berhijrah ke Syam (sekarang Syria). Ini kerana Bilal seakan

                       mahu  melupakan  kenangan  bersama  Rasullullah  S.A.W.  Pernah

                       pada  suatu  hari,  waktu  Saidina  Umar  Al  Khatab  menjadi

                       pemerintah, beliau bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal?"

                       dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"



                               Pada  suatu  hari,  Bilal  telah  bermimpi  bertemu  Rasulullah


                       S.A.W  yang  seakan  memberi  petunjuk  untuk  Bilal  menziarahi

                       Baginda  di  Madinah.  Kemudian  Bilal  pun  berangkat  ke  Madinah

                       semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat.

                       Saidina  Abu  Bakar  dengan  Saidina  Umar  pun  menyuruh  Bilal

                       melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak


                       kedengaran  suara  Bilal.  Tetapi,  apakan  daya,  Bilal  menolak

                       permintaan mereka.



                              Para  sahabat  mengerti  akan  perasaan  Bilal  yang  tidak

                       mampu  melaungkan  azan  seperti  mana  yang  pernah  beliau

                       laungkan azan untuk Rasulullah S.A.W waktu dahulu. Setiap sudut,

                       setiap  ketika,  kenangan  bersama  Rasulullah  S.A.W  sentiasa


                       bermain  di  fikiran  Bilal.  Ada  satu  sumber  menyatakan,  ketika


                                                                                                       11
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25