Page 17 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 17

Pohon Kurma Abu Dujanah




                              Alkisah,  ada  seorang  sahabat  Rasulullah  S.A.W  yang


                       bernama  Abu  Dujanah.  Ia  dikenal  sebagai  orang  yang  sangat

                       dekat dengan Rasulullah S.A.W.  Namun, Abu Dujanah tidak biasa

                       dengan  apa  yang  dilakukan  oleh  kebanyakan  para  sahabat.  Jika

                       selesai solat selalu dia bergegas pulang.




                              Suatu  hari,  Rasulullah  S.A.W  menegurnya,  "Wahai  Abu

                       Dujanah, kenapa engkau tidak menunggu sehingga selesai bacaan

                       doa?  Tidakkah  kau  memiliki  permintaan  kepada  Allah?"  Abu

                       Dujanah  menjawab  "Ya  Rasulullah  S.A.W,  ada.  Rasulullah  S.A.W

                       berkata  ''Lalu  jika  ada,  mengapa  engkau  segera  pulang?''.  Abu


                       Dujanah  pun  akhirnya  menjelaskan  ''Bukannya  aku  tidak  mahu

                       mendengarkan  dan  mengaminkan  doa  mu  ya  Rasulullah  S.A.W.

                       Namun  aku  ini  memiliki  keluarga  yang  sangat  miskin,  tiada  satu

                       pun  makanan  yang  ada  di  rumahku,  bahkan  kami  seharian

                       menahan  lapar.  Sedangkan  aku  memiliki  tetangga  yang  memiliki

                       pohon  kurma  yang  dahannya  condong  ke  rumahku,  maka  jika


                       malam  angin  bertiup  kencang  pasti  buah-buahnya  jatuh  ke

                       halaman rumahku."



                              Rasulullah S.A.W berkata lagi ''lalu apa masalah kamu?” Abu

                       Dujanah meneruskan ''Begini ya Rasulullah S.A.W, bahawa setiap

                       malam  anak-anakku  menangis  kerana  belum  makan  sepanjang


                       hari. Pernah suatu hari selesai solat subuh aku menunggu engkau,

                       sehingga  selesai  engkau  membacakan  doa.  Namun  yang  terjadi



                                                                                                         8
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22