Page 15 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 15

langit  telah  terbuka,  para  malaikat  telah  menanti  rohmu.  Semua

                       syurga  terbuka  lebar  menanti  kedatanganmu,"  kata  Jibril.  Tetapi

                       itu  ternyata  tidak  membuatkan  Rasulullah  S.A.W  gembira,

                       matanya masih penuh dengan kebimbangan."Engkau tidak senang


                       mendengar  khabar  ini?"  tanya  Jibril  lagi."Khabarkan  kepadaku

                       bagaimana nasib umatku kelak?"



                              "Jangan bimbang, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar

                       Allah  berfirman  kepadaku,  'Kuharamkan  syurga  bagi  siapa  saja,


                       kecuali  umat  Muhammad  telah  berada  di  dalamnya,"  kata  Jibril.

                       Detik-detik semakin dekat, saat Izrail melakukan tugas. Perlahan-

                       lahan  roh  Rasulullah  S.A.W  di  tarik.  Nampak  seluruh  tubuh

                       Rasulullah S.A.W bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

                       "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah S.A.W

                       mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya tunduk dan

                       Jibril  memalingkan  muka.  "Jijikkah  kau  melihatku,  hingga  kau


                       palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah S.A.W pada Malaikat

                       pengantar  wahyu  itu.  "Siapakah  yang  sanggup,  melihat  kekasih

                       Allah  diranggut  ajal,"  kata  Jibril.  Sebentar  kemudian  terdengar

                       Rasulullah S.A.W mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.

                       "Ya Allah, dahsyat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini


                       kepadaku,  jangan  pada  umatku.  "Badan  Rasulullah  S.A.W  mulai

                       dingin,  kaki  dan  dadanya  sudah  tidak  bergerak  lagi.  Bibirnya

                       bergetar  seakan  hendak  membisikkan  sesuatu,  Ali  mendekatkan

                       telinganya.










                                                                                                         6
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20