Page 11 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 11
sebelum aku pergi, aku ingin menyelesaikan segala urusan dengan
manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua. Adakah
aku berhutang dengan kalian? Aku ingin menyelesaikan hutang
tersebut. Kerana aku tidak mahu jika bertemu dengan Allah dalam
keadaan berhutang dengan manusia." Ketika itu semua sahabat
diam, dan dalam hati masing-masing berkata, "Mana ada
Rasulullah S.A.W berhutang dengan kita? Kamilah yang banyak
berhutang dengan Rasulullah S.A.W.”
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah.
Lalu, dia berkata, "Ya Rasulullah! Aku ingin sampaikan masalah ini.
Seandainya ini dianggap hutang, maka aku minta kau selesaikan.
Seandainya bukan hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat
apa-apa”. Maka Akasyah pun mulai bercerita, "Aku masih ingat
ketika perang Uhud dulu, satu ketika engkau menunggang kuda,
lalu engkau pukul cemeti di belakang kuda. Tetapi, cemeti
tersebut tidak kena pada belakang kuda, sebenarnya cemeti itu
terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah
belakang kuda yang engkau tunggangi wahai Rasulullah.”
Mendengar yang demikian, Rasulullah S.A.W berkata,
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah. Kalau dulu aku
pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama.
Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata, "Kalau begitu
aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah”. Akasyah
seakan-akan tidak merasa bersalah mengatakan demikian.
Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak memarahi
2