Page 9 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 9
Pendahuluan
**************************
Setiap manusia yang beriman memahami perjalanan dunia
merupakan satu perjalanan yang bersifat sementara. Persoalannya
bagaimana kita mengisi perjalanan itu agar kita merasai nikmat di
alam selepas ini. Sebelum kita melalui alam tersebut, sudah pasti
perjalanan dunia yang kita lalui, akan kita olah supaya ia menjadi
persinggahan. Sama ada sekejap atau lama persinggahan itu, sudah
pasti ia bergantung kepada matlamat serta tujuan yang kita cipta.
Mencari Redha Allah Ta’ala adalah tujuan utama dalam
perjalanan. Bukan semua kehendak hati mampu di capai. Begitu juga
bukan semua perkara yang sukar untuk kita terima, sebagai musibah
dunia. Semua perjalanan adalah ketentuan Allah Ta’ala.
Bagaimana kita melalui setiap perjalanan agar mampu memberi
kesan terutama pada hati. Lantas Di Sini Bermulanya Perjalanan
Mencari Redha Allah merupakan titik mula untuk mentafsir sebuah
perjalanan yang mungkin sebagai langkah pertama kita pada hari ini.
Walaupun hari ini kita baru bermula, namun setidak-tidaknya
kita tahu di mana kita akan berakhir. Kerana perjalanan ini tidak
seharusnya bermula esok. Perubahan harus di segerakan. Tiada
penangguhan dalam kita menuju perjalanan dunia ini.
Akhir kalam, semoga perjalanan yang kita cipta mampu
merubah sebuah kehidupan agar ia lebih tersusun dengan warna-
warna pelangi. Kita tahu pelangi wujud ketika ada titis hujan. Tetapi
kita perlu tahu warna pelangi itu juga yang perlu kita susun dalam
hati nurani. Sebenarnya, tujuh warna pelangi itulah corak perjalanan
hidup kita semua.
Penulis