Page 13 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 13

suara  tegas  Akasyah  berkata  lagi.  "Dulu  waktu  engkau memukul

                       aku, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah"



                              Dengan  keadaan  lemah,  Rasulullah  S.A.W  membuka


                       bajunya. Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah S.A.W yang sangat

                       indah,  sedang  beberapa  ketul  batu  terikat  di  perut  Rasulullah

                       S.A.W  petanda  Rasulullah  S.A.W  sedang  menahan  lapar.

                       Kemudian        Rasulullah       S.A.W      berkata,       "Wahai       Akasyah,

                       bersegeralah  dan  janganlah  kamu  berlebih-lebihan.  Nanti  Allah


                       akan  murka  padamu”.  Akasyah  terus  menghampiri  Rasulullah

                       S.A.W,  tangan  yang  memegang  cemeti  untuk  memukul  tubuh

                       Rasulullah S.A.W, rupanya dilempar sambil terus memeluk tubuh

                       Rasulullah  S.A.W  seerat-eratnya.  Sambil  berteriak  dan  menangis,

                       Akasyah  berkata,  "Ya  Rasulullah,  ampunkanlah  aku,  maafkanlah

                       aku,  mana  ada  manusia  yang  sanggup  menyakiti  engkau  ya

                       Rasulullah.  Sengaja  aku  melakukannya  agar  aku  dapat


                       merapatkan tubuhku dengan tubuhmu. Kerana sesungguhnya aku

                       tahu  bahwa  tubuhmu  tidak  akan di makan  oleh  api  neraka.  Dan

                       sesungguhnya  aku  takut  dengan  api  neraka.  Maafkanlah  aku  ya

                       Rasulullah.  "Rasulullah  S.A.W  dalam  keadaan  sakit  berkata,

                       "Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kalian ingin melihat ahli


                       Syurga,  maka  lihatlah  Akasyah”.  Semua  sahabat  menitiskan  air

                       mata.  Kemudian  para  sahabat  bergilit-gilir  memeluk  Rasulullah

                       S.A.W.

                                                                                               Rujukan:



                                                 https://republika.co.id/berita/ramadhan/sirah-
                        sahabat/nqr1kf/kisah-sahabat-yang-ingin-memukul-rasulullah-saw




                                                                                                         4
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18