Page 12 - Di Sini Bermulanya Perjalanan Mencari Redha Allah
P. 12
Akasyah. "Sesungguhnya engkau tidak mengetahuikah wahai
Akasyah. Bukankah Baginda sedang sakit?"
Akasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah S.A.W
meminta Bilal mengambil cemeti di rumah Fatimah. Setelah
mengambil cemeti, Akasyah menuju ke hadapan Rasulullah S.A.W.
Tiba-tiba, Abu Bakar berdiri menghalangi Akasyah sambil berkata,
"Wahai Akasyah kalau kamu hendak memukul, pukullah aku. Aku
orang yang pertama beriman dengan apa yang Rasulullah S.A.W
sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau
engkau hendak memukul, maka pukullah aku.” Lalu dijawab oleh
Rasulullah S.A.W, "Duduklah wahai Abu Bakar. Ini antara aku
dengan Akasyah”. Akasyah menuju ke hadapan Rasulullah. Tiba-
tiba, bangunlah kedua cucu kesayangan Rasulullah S.A.W, yaitu
Hasan dan Husein.
Mereka berdua merayu dan meronta. "Wahai Pakcik,
pukullah kami Pakcik. Datuk kami sedang sakit, pukullah kami
wahai Pakcik. Sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan
Rasulullah, pukullah kami wahai Pakcik”. Begitu sampai di tangga
mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata, "Bagaimana aku
mahu memukul Engkau ya Rasulullah. Engkau duduk di atas dan
aku di bawah. Kalau engkau mahu aku pukul, maka turunlah ke
bawah sini."Rasulullah S.A.W memang manusia terbaik. Rasulullah
S.A.W meminta beberapa sahabat memapahnya turun ke bawah.
Rasulullah S.A.W di dudukkan pada sebuah kursi, lalu dengan
3