Page 22 - Buletin Suhakam EDISI-3
P. 22

ISU BERBANGKIT


                   PESURUHJAYA  JERALD JOSEPH

                  DILARANG MASUK KE SARAWAK




           Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
           (SUHAKAM)  menyatakan  kekecewaan
           terhadap keputusan Kerajaan Negeri
           Sarawak mengekalkan sekatan perjalanan
           terhadap Pesuruhjaya Jerald Joseph.
           Terdahulu, SUHAKAM telahpun membuat
           permohonan kepada Kerajaan Negeri
           Sarawak bagi membenarkan Pesuruhjaya
           Jerald Joseph memasuki Sarawak bagi
           menghadiri  Mesyuarat  SUHAKAM  yang
           dijadualkan pada bulan Oktober 2018 di
           Pejabat  SUHAKAM  Sarawak.  SUHAKAM
           juga telah merangka beberapa aktiviti
           dan program hak asasi manusia bagi
           meneruskan mandatnya sebagai Institusi
           Hak Asasi Manusia Kebangsaan di Malaysia.

           Larangan ini juga telah menghalang tugas
           statutori  SUHAKAM  seperti  yang  telah
           dinyatakan dalam Akta Suruhanjaya Hak
           Asasi Manusia 1999 untuk mempromosikan
           dan melindungi hak asasi manusia di negeri
           tersebut.                                             INFO
                                                    En. Jerald Joseph dilantik menjadi
           Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail   Pesuruhjaya SUHAKAM bagi sesi
           dalam kenyataan media yang disiarkan
           pada 18 Oktober 2018 turut menekankan    2016 hingga 2019. Pada 7 Ogos 2017,
           bahawa  dalam  konteks  transformasi     Mesyuarat SUHAKAM pernah diadakan
           demokratik Malaysia, setiap warganegara   di Pejabat SUHAKAM Sarawak dan
           menikmati   hak  terhadap  kebebasan     ketika itu, En. Jerald Joseph dibenarkan
           bergerak dan menyeru agar Kerajaan Negeri   memasuki Sarawak selepas Kerajaan
           Sarawak menarik balik sekatan perjalanan   Negeri memberikan kebenaran dengan
           ke negeri tersebut.
                                                    tujuan menghadiri Mesyuarat SUHAKAM.





           22  BULETIN SUHAKAM |  2018
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27