Page 23 - Buletin Suhakam EDISI-3
P. 23
TAHUKAH ANDA?
TAHUKAH ANDA BAHAWA KEBEBASAN BERGERAK DIJAMIN
DI BAWAH PERKARA 9 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN
ARTIKEL 13 PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT (UDHR)
Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan
Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke dalam
Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam,
kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak
dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah
Perlembagan ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui
undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri
yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan bergerak dan
bermastautin.
Artikel 13 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
• Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan bermastautin dalam
sempadan sesebuah negara.
• Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri, dan
kembali semula ke negaranya.
BULETIN SUHAKAM | 2018 23