Page 24 - Buletin Suhakam EDISI-3
P. 24
PEJABAT SUHAKAM SABAH
SUHAKAM BERSAMA MASYARAKAT
DI PITAS, SABAH
Pejabat SUHAKAM Sabah telah mengadakan program SUHAKAM Bersama
Masyarakat (SBM) di Kampung Sg. Eloi, Pitas, Sabah pada 13 Oktober 2018. Program
ini juga bagi melawat Kampung Sg. Eloi dan mendengar aduan mereka mengenai
pencerobohan tanah adat serta masalah-masalah berbangkit kesan daripada
pembangunan Projek Udang Akuakultur berhampiran Sungai Telaga.
ISU BERLARUTAN
Projek ini merupakan projek ke-6 di bawah
Program Transformasi Ekonomi Malaysia
yang telah dilaksanakan di bawah Rancangan
Malaysia ke-10. Projek tersebut adalah
untuk memperbaiki kualiti udang eksport
Malaysia melalui pembentukan model Zon
Integrasi Akuakultur. Model ini membolehkan
pengeluaran udang berkualiti tinggi yang
diperakui dan menyasarkan pasaran mewah.
Dengan mewujudkan projek ini di daerah Pitas,
atau lebih tepat lagi berhampiran Sungai Telaga, Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Godfrey Gregory
kerajaan berharap agar dapat menghapuskan Joitol memberikan taklimat mengenai SUHAKAM dan
kemiskinan tegar di daerah tersebut menerusi hak asasi manusia kepada penduduk kampung.
penyediaan peluang-peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan. Projek ini menyasarkan
pembangunan untuk kawasan seluas 10,000 memerang, Brahminy kite (Haliastur indus),
hektar tanah, termasuklah sebahagian besar oriental darter (Anhinga melanogaster), adjutant
kawasan paya bakau dan dijangka dapat stork (Leptoptilos javanicus), buaya estuarine
dibangunkan sepenuhnya menjelang tahun (Crocodylus porosus) dan tupai. Sesetengah
2020. Projek ini dilaksanakan oleh Kumpulan spesies yang dinyatakan merupakan spesies
Yayasan Sabah Group dan Sunlight Inno Seafood terancam dan dilindungi di bawah Enakmen
Sdn. Bhd. Hidupan Liar dan senarai CITES.
Kerja penebangan yang tidak menuruti lunas Penduduk kampung yang tinggal di enam buah
undang-undang ketika di awal projek tersebut perkampungan terletak berhampiran di kawasan
telah mengganggu ekosistem kawasan bakau tersebut ialah Kg. Telaga, Kg Boluuh, Kg. Datong,
tersebut. Kawasan bakau tersebut merupakan Kg. Sungai Eloi, Kg. Gumpa dan Kg. Ungkup
tempat tinggal haiwan seperti monyet (G6), menyatakan bahawa mereka memiliki hak
proboscis (Nasalis larvatus), macaque (Macaca adat Bumiputera di kawasan tersebut. Majoriti
nemestrina), macaque ekor panjang (M. penduduk di kawasan tersebut adalah terdiri
fascicularis), Kucing Hutan Borneo (Catopuma daripada kumpulan miskin tegar.
badia), Tupai Terbang (Pteropus vampyrus),
24 BULETIN SUHAKAM | 2018