Page 104 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 104

tawaran bekerja di  firma guaman berkenaan selepas                       Penglibatan Mohammad Faizal dalam Badan
            memenangi kes tersebut. Tidak lama bertugas di                    Bukan Kerajaan (NGO) sejak zaman universiti menjadi
            Terengganu, beliau melebarkan sayap di Kuala Lumpur               latihan   berguna      untuknya.    Penglibatan      beliau
            untuk beberapa ketika. Di sana beliau dipertemukan                menyertai badan-badan kepimpinan dan sebagai
            semula dengan kenalannya daripada Kelantan yang                   Pengerusi Persatuan OKU di UM rupa-rupanya sebagai
            mengajaknya untuk membuka syarikat guaman sendiri                 latihan awal untuk dirinya menceburi bidang itu lebih
            di kampung halaman. Inilah detik bermula membawa                  jauh di masa hadapan.  Sekitar tahun 2002,
            beliau ke kemuncak gemilang sebagai satu-satunya                  Mohammad Faizal bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti
            peguam OKU penglihatan di Malaysia.                               kemanusiaan yang dianjurkan oleh badan-badan
                                                                              kerajaan dan swasta. Seiring dengan membina kerjaya
                                                                              dalam bidang guaman. Semangatnya kian membara
                                                                              apabila mendapati wujud jurang sistem sosial di
                                                                              Malaysia    dalam     pembangunan        golongan     OKU
                                                                              terutama dari aspek infrastruktur dan juga kebajikan
                                                                              sosial. Ramai OKU tidak berpeluang berhubung secara
                                                                              langsung dengan badan-badan kerajaan serta NGO
                                                                              untuk menyuarakan keperluan apatah lagi untuk
                                                                              mendapatkan bantuan dan sokongan. Sehinggalah
                                                                              pada tahun 2012, keadaan di syarikat guaman miliknya
                                                                              semakin merudum dek cabaran akses dan prasarana
                                                                              yang  dihadapi oleh  OKU  penglihatan  sepertinya.
                                                                              Lantas, beliau mengambil keputusan menceburi aktiviti
                                                                              kemasyarakatan dan memilih untuk berjuang membela
                                                                              keperluan golongan OKU.
                    
                         
                                      Sejak itu, Mohammad Faizal banyak menyertai
                                                                              Majlis Peguam dan badan-badan kemasyarakatan
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109