Page 108 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 108
beramanah sebagai seorang khalifah. Walaupun tidak
mudah, beliau yakin dan percaya bahawa keyakinan
dan kepatuhan kepada Allah sahajalah yang mampu
memudahkan segala perjalanan hidupnya selama ini.
Dalam usaha melawan COVID-19 ini, Mohammad
Faizal berharap supaya masyarakat terus sabar dan
berganding bahu membantu antara satu sama lain
terutamanya golongan OKU. Kawalan pergerakan yang
terhad ini amat menyukarkan NGO menyalurkan
bantuan secara bersemuka. Beliau menyarankan
supaya masyarakat menggunakan segala masa dan
peluang yang ada untuk menjalin hubungan
silaturahim antara ahli keluarga dan memperbaiki
hubungan dengan Maha Pencipta. Beliau bersyukur
kerana sentiasa mendapat sokongan isteri dan
keluarga yang sentiasa mendoakan kelancaran
berbeza kemampuannya antara satu sama lain. Beliau
percaya amanah dan mandat ini akan terus beliau pikul
selagi nafas masih berhela.