Page 153 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 153

Mengimbau        kenangan       sebelum       beliau
                                                                              memulakan langkah sebagai seorang mahasiswa UTM,
                                                                              suasana di rumahnya agak tegang apabila arwah
                                                                              ibunya berat hati untuk melepaskan dirinya untuk
                                                                              pergi. Maklum sahaja sebagai anak bongsu ditambah
                                                                              lagi dengan kekurangan fizikalnya tanpa tangan dan

                         
      	                                            kaki. Sebelum ini,  Ruzimi tidak pernah sekali pun
                                                                              berjauhan daripada keluarganya apatah lagi ke luar
                                                                              negeri. Pujukan demi pujukan, perbincangan demi
                                                                              perbincangan walau dengan berat hati serta tangisan,
                         	       	                                            akhirnya dilepaskan walau ibarat melepaskan nyawa di

                                                                              hujung tanduk. Arwah ibu beliau melepaskannya walau
                                                                              jauh di sudut hati bergejolak rasa gundah gulana
                                                                              memikirkan perihal dirinya kelak berjauhan dari


                                                                             bantuan dan capaian ahli keluarga. Pastinya perasaan
                                                                              Ruzimi juga bercampur baur antara cita-cita dan
                                                                             bonda tercinta, namun demi menggapai cita-cita
                                                                              akhirnya beliau menjejakkan kaki ke perkarangan UTM.
                       
      
	    
                                       Inilah pertama kalinya beliau berada jauh jarak beribu

                                                                              batu daripada keluarga tercinta di Johor Darul Takzim.
                                                                                     Keadaan agak mencemaskan apabila pada hari
                                                                              pendaftaran berlangsung, pihak universiti mendapati
                                                                              mereka terlepas pandang tentang  keadaan Ruzimi
                                                                              yang memerlukan keperluan khas. Pihak universiti agak
                                                                              panik sehingga menyebabkan wakil pengurusan atasan
                                                                              universiti pada ketika itu, Profesor Datuk Ir. Ts. Dr. Siti
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158