Page 158 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 158

Dr. Ruzimi menanam azam membuka satu sekolah                      tidak terpinggir. Beliau juga turut menekankan tentang
            khusus bagi OKU pendengaran suatu hari nanti dan                  perniagaan atas talian bagi mencipta peluang
            mengimpikan sekolah itu untuk dinamakan sebagai                   perniagaan dan kerjaya yang lebih mendatangkan
            Virtual Deaf International School. Beliau akan terus              imbalan dalam dunia yang ekonominya semakin
            membela nasib kanak-kanak OKU pendengaran di                      mencabar.
            negara ini. Beliau terhutang budi kepada  pengorbanan
            isterinya, yang sentiasa memberikan sokongan di
            sisinya di saat senang dan susah dalam masa yang
            sama membesarkan kedua-dua putera dan puteri
            kesayangannya. Sokongan keluarga yang memberikan
            kepercayaan kepada beliau antara sokongan-sokongan
            yang bertali arus diperolehinya sehinggakan beliau
            mampu untuk mencapai dan mencipta kejayaan demi
            kejayaan sehingga kini.
                    Sudah tiba masanya masyarakat berfikiran lebih
            terbuka seiring dengan kemajuan arus negara dan
            dunia. Tiada yang mustahil sekiranya setiap individu itu
            diberikan peluang dan sokongan serta dorongan yang
            sesuai dengan keadaan dirinya. Setiap anggota
            masyarakat juga berhak mendapatkan haknya tanpa
            sebarang  prejudis.  Dr.  Ruzimi juga  menggalakkan
            setiap masyarakat mempelajari bahasa isyarat sebagai
            bahasa  ketiga  utama  selepas  Bahasa  Melayu  dan
            Bahasa Inggeris. Masyarakat perlu sedar tentang                        
            kepentingan bahasa ini kepada golongan OKU                                                  
            pendengaran agar komunikasi bersama mereka ini
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163