Page 156 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 156

Aplikasi dan buku interaktif ISKANDAR telah siap                         Anak muda berjiwa kental ini tidak berhenti di
            dibangunkan sepenuhnya pada Ogos 2021 dan kini                    sini. Selepas kejayaan ISKANDAR, Dr. Ruzimi menyertai
            sedia digunakan secara meluas.                                    satu program anjuran Malaysia Digital Economic
                    “ISKANDAR sedikit berbeza dengan produk                   Corporation (MDEC) dan memenangi geran sebanyak
            kami  sebelum  ini  iaitu  BIMO. BIMO  ini  fokusnya              RM50,000.00. Hasil daripada kemenangan tersebut,
            terhadap asas komunikasi tetapi ISKANDAR fokusnya                 Dr. Ruzimi mencipta satu lagi produk yang berbentuk
            terhadap asas Pendidikan Islam. Dengan usaha                      aplikasi digital khas untuk OKU pendengaran yang
            pelbagai pihak terutamanya dari rakan-rakan OKU                   bertemakan           tempat-tempat           pelancongan
            pendengaran, rakan pembangunan dan rakan agensi,                  menggunakan bahasa isyarat. Melalui aplikasi ini, pelan
            kumpulan kami berjaya menyiapkan projek tersebut.                 utama akan memaparkan satu animasi bahasa isyarat
            Tiba masanya untuk kami mendapatkan maklum balas                  untuk memberikan penerangan terperinci tentang
            daripada pengguna sebelum diletakkan di platform                  sesuatu monumen menggunakan imbasan pada papan
            Shopee dan Amazon.”                                               monumen. Produk tersebut dibangunkan dengan
                                                                              kerjasama daripada beberapa pihak Kerajaan Negeri
                                                                              Terengganu dan telah diuji keberkesanannya di
                                                                              beberapa lokasi menarik di negeri tersebut termasuk
                                                                              Masjid Tengku Tengah Zaharah ataupun lebih dikenali
                                                                              sebagai Masjid Terapung, Kuala Terengganu.
                                                                                     Dr.   Ruzimi     membuat       keputusan      untuk
                                                                              membantu golongan pekak kerana beliau amat
                                                                              terkesan dengan kes kematian yang melibatkan
                                                                              seorang remaja OKU. Remaja yang bernama Firdaus itu
                                                                              mengalami kesukaran bertutur kerana menghidap
                                                      
                                                                              Cerebral Palsy ditemui dalam keadaan menyedihkan
                                                                              dalam sebuah rumah dengan keadaan kurus kering,
                                                                              kotor dan hanya memakai baju T yang koyak. Firdaus
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161