Page 196 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 196
“Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.”- Nor Adzleen Abdul Karim
Beliau juga sering memenangi pertandingan-pertandingan kulinari yang
disertai untuk mengasah kemahiran dan bakat yang dimiliki. Beliau berharap agar
ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak istimewa untuk memberikan mereka
pendedahan kepada dunia luar. Anak-anak istimewa perlu belajar untuk berdikari
serta mengenal pasti bakat yang dimiliki. Golongan OKU perlu menguatkan
mental dan fizikal untuk mencuba sesuatu yang baru. Mereka juga perlu bergaul
dalam masyarakat dan tidak tertumpu kepada jaringan OKU sahaja.