Page 199 - Tiada Yang Mustahil Edisi 2
P. 199

ƒ             







                    Beliau merupakan Orang Kurang Upaya (OKU)                        Di kalangan anak-anak Norlia seramai sembilan
            yang menghidap kecacatan sumbing sejak lahir. Norli               orang,    hanya    Norli   yang     bersungguh-sungguh
            Hamzah telah dilahirkan pada 18 Mei 1865 di Kampung               berhasrat meneruskan perniagaannya. Norli mula
            Haji Din Petani, Kedah. Beliau merupakan anak kedua               mengambil alih  syarikat pada  tahun 2009 selepas
            daripada sembilan orang adik beradik, telah mendapat              kematian emaknya ketika berumur 44 tahun. Atas rasa
            pendidikan awal sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)           tanggungjawab ingin meneruskan legasi perniagaan
            di tempat kelahirannya di Sungai Petani. Kecacatan                keluarga, Norli bertekad untuk merealisasikan harapan
            sumbingnya memaksa Norli Hamzah untuk melalui                     emaknya di samping melihat perniagaan ini melangkah
            pembedahan sebanyak lima kali.                                    lebih jauh lagi. Sehubungan itu, Norli  telah membuat
                    Idea membuka kilang pemprosesan sos tercetus              keputusan untuk berhenti kerja di kilang pembuatan
            daripada arwah emak Norli iaitu Norlia pada tahun 2001            alat elektrik setelah berkhidmat selama 25 tahun
            semenjak perniagaan sos dimulakan oleh datuknya pada              semenjak tamat  Sijil  Pelajaran Malaysia (SPM).
            tahun 1968. Sebelum menjalankan perniagaan berasaskan             Pengalaman sebagai operator sehinggalah dinaikkan
            sos, Norlia bermula dengan membuka sebuah kedai makan             pangkat sebagai penyelia di dua kilang berbeza
            berasaskan ikan bakar, sotong bakar dan daging bakar.             digunakan  sebaik  mungkin  dalam  mengendalikan
            Selain itu, Norlia juga berpeluang membida tender projek          syarikat milik keluarganya. Pada awal penglibatannya,
            katering dari kerajaan untuk menyediakan makanan bagi             Norli menghadapi masalah untuk memasarkan produk
            pihak  penjara. Akhirnya, Norlia menghembuskan  nafas             syarikatnya secara atas talian. Hal ini disebabkan oleh
            yang terakhir pada tahun 2009 dalam usaha                         had kemampuannya menguasai kemahiran dalam hal
            memantapkan syarikat Trenor Teguh Trading (3Nor).                 ehwal teknologi maklumat.
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204