Page 103 - Jauhari Pantun
P. 103

454    Burung kedidi terbangnya rendah,
                              Di pohon angsana bertenggek lama;
                       Tasik Melati tempat beriadah,
                              Indah suasana mendamai sukma.

                455    Tumbuh tingginya pohon cemara,
                              Gugur daunan menimpa serata;
                       Kecil negerinya jauh di utara,
                              Pelbagai tarikan indah tercipta.

                456    Lapang sasar dilawat Panglima,
                              Untuk tinjauan pasukan tentera;
                       Padang Besar sebutan utama,
                              Tempat singgahan seluruh negara.

                457    Pohon kemuning halus rantingnya,
                              Di singgah helang dahan berduri;
                       Biru kuning bangga warnanya,
                              Martabat dijulang serata negeri.

                458    Buah jambu hidangan tetamu,
                              Leka bermadah sambil ketawa;
                       Perlis maju negeri berilmu,
                              Menjadi wadah rakyat jelata.


                459    Kalau tuan pedih mata,
                              Jangan ditonyoh cabai Melaka;
                       Negeriku kecil bukan sehasta,
                              Indah dipandang bagai dikata.




                                             87
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108