Page 99 - Jauhari Pantun
P. 99

430    Tedung selar haiwan berbisa,
                              Bias menusuk hingga ke tulang;
                        Usah bangga cemerlang bangsa,
                              Andai Bahasa tidak dijulang.

                431    Lebat sungguh rumpun semalu,
                              Tumbuh tinggi pohon Lalang;
                        Bahasa Kebangsaan ditutur selalu,
                              Cintai bahasa martabat dijulang

                432    Ungu warnanya buah markisa,
                              Enak dimakan si anak rusa;
                       Janganlah malu menuturkan Bahasa,
                              Kerana bahasa itu jiwa bangsa.

                433    Cantik rupawan si anak dara,
                              Asalnya dari kepulauan Jawa;
                       Biarpun merantau ke seluruh negara,
                              Bahasa kebangsaan sebati di jiwa.

                PENDIDIKAN BAHASA MELAYU MENDEPANI ZAMAN

                434    Mengerat kayu campak di hutan,
                              Bersama teman pulang ke desa;
                       Bahasa melayu diguna watan,
                              Seiring zaman mendidik bangsa.

                435`  Bertiup bayu di luas angkasa,
                              Cuaca terang berteduh gahara;
                       Bahasa melayu menunjuk bangsa,
                              Ditutur orang serata negara.




                                             83
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104