Page 14 - Antologi Tu Bulan Tu Bintang
P. 14
luar bidang kesusasteraan telah terlihat kemampuan
mengungkapkan budi fikir dan budi rasa dalam genre sajak.
Disebabkan kesibukan melaksanakan tanggungjawab
Program #108 di bawah PADU, Dr. Wan Norlidza Wan Mohd
Zain hadir dengan satu sajak sahaja. Sajak beliau, Masa yang
Berlalu, menggambarkan perubahan rasa dan jiwa dirinya,
daripada insan berjiwa lemah kepada insan berjiwa kental.
Barangkali inilah hikmah yang ‘dihadiahi’ oleh Allah SWT melalui
PADU kepada dirinya. Tahniah, semoga kekal tabah dan kental.
Pengarang terakhir, Maniyamin Haji Ibrahim, hadir
dengan lima buah sajak yang bertemakan kemasyarakatan.
Demikian sekilas pandang tentang sajak-sajak dalam
antologi ini. Semoga ia memberi manfaat berganda kepada
anda.
Sekian, terima kasih.
Penyelenggara
Maniyamin Haji Ibrahim
Dr. Mohd Haidi Mohd Kasran
viii

