Page 10 - Antologi Tu Bulan Tu Bintang
P. 10
Bicara Ketua Jabatan
DR MOHD HAIDI MOHD KASRAN
KETUA JABATAN
JABATAN PERSURATAN MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
dengan belas ehsan-Nya dapatlah Antologi Puisi ‘Tu Bulan, ‘Tu
Bintang yang merupakan Siri Antologi Puisi Karya Pengarang
JPsM bagi kali kedua berupaya diterbitkan dengan jayanya pada
tahun 2022 ini.
Penerbitan ini merupakan salah satu daripada usaha dan
kerja ahli-ahli JPsM dalam merealisasi tanggungjawab dan
peranan sebagai jabatan yang memartabatkan bahasa Melayu
melalui genre sastera. Pensyarah sebagai panduan utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar di institut
pendidikan guru ini, oleh itu, dengan terbitnya hasilan atau karya
melalui antologi ini mencerminkan bahawa para pensyarah
sememangnya pakar dan berupaya dalam memaknakan genre
sastera dalam bentuk realitinya.
Kepada semua pengkarya JpsM, saya mengucapkan
jutaan terima kasih dan tahniah atas kejayaan penerbitan
antologi dan diharapkan agar usaha ini menjadi ikutan para
pelajar demi mencintai bidang kesusasteraan Melayu.
Akhir kata, didoakan penerbitan ini berupaya memberi
salah satu panduan ilmu bukan sahaja kepada warga IPG, malah
dapat menyumbang kepada kelestarian bidang sastera untuk
terus mekar mewangi sepanjang zaman.
iii

