Page 13 - Antologi Tu Bulan Tu Bintang
P. 13
Nama Mohd Fauzi Abdullah dikenali dalam genre puisi
tradisional seperti pantun dan syair. Beliau banyak berkoloboratif
dengan Roslan Madun dalam penjenamaan irama syair, kini
hadir dengan dua buah karya. Karyanya ‘Tu Bulan ‘Tu Bintang
yang sekali gus diangkat sebagai judul antologi ini adalah
modifikasi daripada lagu rakyat negeri Pahang. Sajak ini
merakamkan pemikiran, perasaan dan harapan beliau sebelum
menamatkan usia perkhidmatan.
Siti Salamah Mohd Yusof, yang aktif menghasilkan modul
pembelajaran, turut merakamkan pengalaman kembara di
dalam dan luar negara ke dalam bentuk sajak. Nama P. Ramlee
merupakan figura seni milik orang Melayu. Lagu dan lakonan
serta filem beliau menjadi ikon negara. Dalam sajaknya,
Sebatang Jalan P. Ramlee, Siti Salamah merakamkan devian
generasi yang tidak sepatutnya berlaku dan berkumandang di
Jalan P. Ramlee kini. Kesal beliau itu adalah juga kesal kita.
Nor Asilah Osman (Pengarah IPG Kampus Bahasa
Melayu) pakar dalam bidang matematik dan asing dalam
penghasilan sajak. Namun begitu, penerbitan karya beliau ini
oleh JPsM merupakan kali kedua. Bermula dengan sebuah sajak,
beliau hadir kali ini dengan tiga buah karya. Hal ini membuktikan
bahawa beliau mampu berkarya. Tahniah. Tiga buah sajak
beliau ini merakamkan pemikiran, perasaan dan pegangan
beliau menguruskan kehidupan dan tanggungjawabnya sebagai
insan, sebagai pengarah dan sebagai umat Muhammad SAW.
Dr. Nirwana Mohd Rashid (Timbalan Pengarah IPG
Kampus Bahasa Melayu) hadir dengan dua buah sajak. Sajak
pertama menceritakan keperitan rasa kerana hilang insan
tersayang. Sajak kedua pula mencitrakan tentang ibunya (juga
insan tersayang) menghantar dan menyambut kepulangan
beliau. Sebagaimana Nor Asilah, Dr. Nirwana juga terdidik di
vii

