Page 8 - Antologi Tu Bulan Tu Bintang
P. 8
Bicara Pengarah
HAJAH NOR ASILAH OSMAN
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Ketua
Jabatan Persuratan Melayu; Dr. Mohd Haidi Mohd Kasran selaku
Ketua Jabatan, Jabatan Persuratan Melayu (JPsM) dan para
pensyarah Jabatan Persuratan Melayu, IPG Kampus Bahasa
Melayu (IPGKBM) atas kejayaan menerbitkan Antologi Puisi ‘Tu
Bulan, ‘Tu Bintang yang merupakan Siri Antologi Puisi Karya
Pengarang JPsM bagi kali kedua. Bagi pihak pentadbiran
IPGKBM, segala usaha dan sumbangan dalam penerbitan
antologi ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Pendidikan Kesusasteraan Melayu mempunyai objektif
memupuk apresiasi terhadap karya sastera dan penulisnya serta
memperkukuhkan peningkatan keterampilan bahasa dan
bersastera. Matlamatnya adalah berlandaskan Falsafah
Pendidikan Negara, iaitu untuk membolehkan pelajar menjiwai
unsur dan nilai-nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan,
kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan, menanam
rasa bangga dan cinta terhadap tanah air dalam satu wawasan
budaya kebangsaan yang dihasratkan, serta mengembangkan
perlakuan anggota masyarakat negara bangsa Malaysia. Oleh
itu, sebagai tenaga pengajar di institusi ini, penghasilan karya ini
merupakan teladan yang murni kepada para pelajar di IPGKBM
ini.
i

