Page 32 - Antologi Tu Bulan Tu Bintang
P. 32

PADA-MU AKU BERSUJUD

            Merungkai rasa rindu dendam di jiwa
            mencari garisan benih-benih keinsafan
            antara kebenaran dan kebatilan
            sukarnya menegakkan kebenaran
            dalam lautan pendustaan
            sukarnya mengutip penyesalan
            dalam berjuta buih-buih kesalahan

            kupanjatkan doa munajat
            mohon ampun atas salah dan khilaf
            izinkan aku dampingi-Mu
            sirami hidup dengan sinar petunjuk-Mu
            kukuhkan keinsananku
            jauhi dibawa hanyut ribut perasaan
            dan hati walang

            relakan air mata keinsafan ini membasuh
            menjernihkan semula perasaan
            menyuburkan semula keimanan
            menyinarkan semula insaniah yang kelam
            walau sukar mengutip kebenaran
            dalam hidup penuh teka teki
            semoga roh yang kesepian
            riang ria di Taman Kemuliaan

            sehebat kukuhnya tiang agama-Mu
            izinkan aku bersandar pada petunjuk-Mu
            bersandar kerana yakin dan pasti
            pada janji-janji-Mu







                                           18
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37