Page 101 - Laporan Tahunan PERHILITAN 2020
P. 101
Unit K9 PERHILITAN
PERHILITAN K9 Unit
Bermula tahun 2020, aktiviti operasi penguatkuasaan di pintu-pintu masuk utama negara dan pelak-
sanaan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Semenanjung Malaysia mula menggunakan khidmat
bantuan Unit K9 PERHILITAN. Unit khas ini menggunakan anjing pengesan hidupan liar bagi menge-
san hidupan liar atau bahagian hidupan liar yang disembunyi atau diseludup oleh penjenayah.
Kawasan operasi penguatkuasaan yang menggunakan bantuan unit ini adalah seperti di kawasan
Lapangan Terbang Antarabangsa, Pelabuhan Utama Persekutuan, dan Pintu Sempadan Darat Malay-
sia–Thailand. Selain itu, unit ini juga membantu melakukan pemeriksaan di bawah aktiviti Operasi
Bersepadu Khazanah (OBK) di mana premis yang diperiksa ialah rumah-rumah kongsi kawasan balak,
kilang kayu dan ladang.
Sebanyak 30 operasi penguatkuasaan telah menggunakan khidmat bantuan Unit K9 PERHILITAN
pada tahun 2020 (Jadual 15).
Starting in the year 2020, enforcement operations at the country's main entrances and the imple-
mentation of Khazanah Integrated Operations (OBK) in Peninsular Malaysia began using the
services of PERHILITAN K9 Unit. This special unit operates by using wildlife tracking dogs to detect
hidden wildlife or wildlife parts that were intended to be smuggled by criminals.
Enforcement operations areas that utilized the assistance of this unit were International Airport,
Federal Main Port, and Malaysia - Thailand Land Boundary Gate. Besides that, this unit also assisted
inspection activities under the Khazanah Integrated Operation (OBK) in which the inspected premis-
es include shacks build by loggers, timber mills and plantations.
A total of 30 enforcement operations have used the assistance of PERHILITAN K9 Unit in year 2020
(Table 15)
.
LAPORAN TAHUNAN 2020 95
JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA