Page 131 - Laporan Tahunan PERHILITAN 2020
P. 131
Program survei spesis buruan (Buaya Tembaga / Crocodylus porosus)
Hunted species survey program (Saltwater crocodile/Crocodylus porosus)
Program survei spesies buruan (Buaya Tembaga/Crocodylus porosus) adalah salah satu projek dalam
RMK 11 (RP4) di bawah tajuk Program Pengumpulan, Pengurusan dan Penyebaran Maklumat
Hidupan Liar Negara. Bagi tahun 2020, program ini telah bermula dari bulan Januari hingga Disember
melibatkan Negeri Pahang, Negeri Perak, Negeri Pulau Pinang, Negeri Kedah dan Negeri Melaka.
Seramai 35 orang kakitangan secara keseluruhannya telah terlibat dari peringkat pengarah negeri
sehingga pembantu hidupan liar. Objektif utama program ialah mengenalpasti kawasan sungai atau
bakau yang menjadi habitat penting bagi spesies buaya tembaga.
Hunted species survey programmed (Saltwater crocodile/Crocodylus porosus) is a project under the
11th Malaysia Plan entitled Program Pengumpulan, Pengurusan dan Penyebaran Maklumat
Hidupan Liar Negara. In 2020, this programme was initiated beginning from January until December
in selected states namely Pahang, Perak, Penang, Kedah and Melaka. Throughout the year, 35 staffs
in total were involved in this programme which consist of state director to wildlife rangers. The
objective of the survey is to identify rivers and mangrove areas which are important habitat for
saltwater crocodile.
Dua kaedah digunakan iaitu cerapan secara langsung (Spotlight count/Eyeshine survey) dan cerapan
secara tidak langsung iaitu melalui rekod konflik dan temuramah. Sungai-sungai yang disurvei ialah
Sg. Tekam (Pahang), Sg. Kurau, Sg. Tinggi, Sg. Sepetang, Sg. Kalumpang, Sg. Tiram Kanan dan Sg.
Selinsing (Perak), Sg. Juru, Sg Jawi dan Sg Perai (Pulau Pinang), Sg. Merbok, Sg. Kubang Badak,
Terusan Tengah MADA dan Sg. Pendang (Kedah) dan Sg. Linggi (Melaka). Keseluruhan cerapan yang
diperoleh ialah sebanyak 292 cerapan dan jarak keseluruhan yang disurvei ialah 540.23 kilometer
bersamaan dengan 0.54 cerapan per kilometer. Selain daripada cerapan Buaya Tembaga, cerapan
hidupan liar yang lain turut direkodkan seperti Varanus salvator, Paguma larvata, Lutrogale
perspicillata, Ketupa ketupu, Haliastur indus, Haliaeetus leucogaster serta Delphinidae spp.
Two methods were applied in this survey namely Direct sighting (Spotlight count/Eyeshine survey)
and Indirect sighting that can be retrieve from conflict records and conducting interview. Surveyed
river is Sg. Tekam (Pahang), Sg. Kurau, Sg. Tinggi, Sg. Sepetang, Sg. Kalumpang, Sg. Tiram Kanan, Sg.
Selinsing (Perak), Sg. Juru, Sg Jawi, Sg Perai (Pulau Pinang), Sg. Merbok, Sg. Kubang Badak, Terusan
Tengah MADA, Sg. Pendang (Kedah), Sg. Linggi (Melaka). A total of 292 crocodile were sighted and
recorded within surveyed distance of 540.23-kilometres which is equivalent to 0.54 sight per kilometre.
On the other hand, other wildlife presence was also recorded such as Varanus salvator, Paguma
larvata, Lutrogale perspicillata, Ketupa ketupu, Haliastur indus, Haliaeetus leucogaster and also
Delphinidae spp.
LAPORAN TAHUNAN 2020 125
JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA