Page 3 - Laporan Tahunan 2020 UPK
P. 3
KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, Buku
Laporan Tahunan UPK bagi tahun 2020 dapat diterbitkan dengan jayanya.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga, buah
fikiran dan pandangan untuk merealisasikan buku laporan ini.
Dalam usaha memperkasakan konsep pendidikan inklusif di Negara Brunei
Darussalam, pegawai-pegawai di Unit Pendidikan Khas (UPK) dan guru-guru Pendidikan
khas seperti guru Special Educa,on Needs Assistance (SENA), guru Home-Room (HRT)
dan guru Resource (RT) memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
pelajar-pelajar berkeperluan khas. Tenaga-tenaga pengajar tersebut perlu dilengkapkan dengan
maklumat terkini, pengetahuan serta kemahiran dalam pelbagai bidang pendidikan khas dan ini sentiasa dijadikan sebagai
tumpuan utama inisiatif strategik UPK. Inisiatif merangkumi rangka kerja kompetensi, penilaian prestasi dan hala tuju kerjaya
pegawai dan guru-guru pendidikan khas.
UPK juga sedang menghasilkan Rangka Kerja Pendidikan Khas (Special Educa,on Framework) sebagai satu daripada Key
Deliverable (KD) rancangan strategik terkini. Usaha ini merupakan satu inisiatif dan tindakan proaktif UPK dalam rangkaian usaha
untuk membuat panduan kepada pihak berkepentingan serta ibu bapa/penjaga dalam menanai prinsip 5A iaitu Acceptance
(Penerimaan), Aksesibiliti, Adapted Curriculum (Kurikulum Disesuaikan), Adapted Instruc,on (Arahan Disesuaikan) dan
Adapted Assessment (Penilaian Disesuaikan). Prinsip ini dapat ditanai melalui 4 sumber utama iaitu: Sumber Maklumat, Sumber
Manusia, Sumber Fizikal dan Sumber Kewangan. Dengan adanya sumber-sumber utama ini akan membolehkan pelajar-pelajar
berkeperluan khas mengikuti dan menyertai program dan pembelajaran berpandukan Pelan Pendidikan Individu (IEP) untuk
mencapai kegemilangan yang dihasratkan.
Untuk meningkatkan pengurusan sumber-sumber tersebut, dua Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence - CoE) untuk pelajar
berkeperluan khas telah ditubuhkan pada bulan Januari 2019. CoE merupakan kemudahan bagi pelajar berkeperluan khas yang
dilengkapi dengan infrastruktur, sumber dan peralatan pembelajaran yang sesuai serta penyediaan guru SENA dan pembantu guru
mengikut keperluan khas pelajar. Inisiatif CoE ini akan dilaksanakan ke daerah-daerah lain secara berperingkat. Di samping itu,
UPK juga bergiat aktif dalam menyemak semula panduan kurikulum dan penilaian untuk pelajar berkeperluan khas, dengan
pedagogi dan intervensi yang terkini dan relevan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan khas di semua peringkat
persekolahan.
Alhamdulillah, saya juga bersyukur situasi pandemik COVID-19 telah berjaya dikawal di peringkat kebangsaan. Walaubagaimanapun,
ianya telah sedikit sebanyak mengubah landskap pendidikan di negara kita khususnya peningkatan pembelajaran secara dalam
talian. Peningkatan ketara ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran literasi digital bagi semua pelajar-pelajar termasuk yang
berkeperluan khas. Teknologi Bantu Pembelajaran (Assis,ve Learning Technology) membuka ruang ke arah peningkatan
kemahiran ini dan perlu diperluaskan lagi agar pelajar-pelajar dapat memanfaatkannya di dalam kelas mahupun secara maya.
Akhir kata, saya berharap penerbitan laporan ini akan dapat dijadikan panduan dan gambaran agar usaha-usaha yang berterusan
dapat dilaksanakan oleh UPK dan pihak-pihak berkepentingan untuk memantapkan dan memajukan lagi pendidikan inklusif di
negara ini.
EDDY FAZLIN BIN HAJI AMDAN
Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas
Unit Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan
1 Negara Brunei Darussalam