Page 7 - Laporan Tahunan 2020 UPK
P. 7

Program  Bantuan  Pembelajaran  adalah  pendekatan  berasaskan  di  sekolah  untuk  menyediakan
       bantuan  pembelajaran  kepada  pelajar  yang  mempunyai  keperluan  khas  di  sekolah-sekolah

       kerajaan  khasnya.  Guru  Pendidikan  Khas  (Special	 Educa,on	 Needs	 Assistance	 Teacher  –
       SENA) adalah tenaga pendidik utama dalam menjalankan dan memastikan program pendidikan
       yang  sesuai  dan  memberi  perkhidmatan  sokongan  pembelajaran  kepada  pelajar  berkeperluan

       khas  dalam  suasana  pendidikan  inklusif.  Matlamat  program  ini  adalah  untuk  membantu  para
       pelajar memperolehi kemahiran akademik/fungsi akademik dan kemahiran hidup yang diperlukan.
       Sokongan dan bantuan yang diberikan kepada pelajar ini bergantung kepada keperluan individu,
       sama ada di dalam kelas, Pusat Bantuan Pembelajaran (LAC), Model Sekolah Inklusif (MIS) dan
       Pusat Kecemerlangan (CoE).



       Program  Pra-Vokasional  adalah  salah  satu  daripada  pelbagai  laluan  dalam  Sistem  Pendidikan
       Negara Abad 21 (SPN 21) yang disediakan untuk memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai

       keperluan khusus di sekolah menengah kerajaan. Matlamat program ini adalah untuk memberi
       peluang kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat mencapai potensi maksima dan memperolehi
       pelbagai  kemahiran  hidup  berdikari.  Program  ini  memberi  penekanan  untuk  mengembangkan
       kemahiran fungsi akademik, kemahiran asas vokasional dan kesedaran kerjaya, kemahiran sosial,
       kemahiran komunikasi berfungsi dan kemahiran hidup berdikari yang akan mengambil masa dalam

       tempoh lima tahun.


       Peranan guru pendidikan khas di sekolah dibantu oleh pakar-pakar perkhidmatan sokongan Unit

       Pendidikan  Khas  seperti  Perkhidmatan  Psikologi  Pendidikan  (EPS),  Perkhidmatan  Pemulihan
       Pertuturan  dan  Percakapan  (SLT),  Perkhidmatan  Pemulihan  Cara  Kerja  (OT),  Perkhidmatan
       Bantuan Khusus Sensori Pendengaran (HI), Perkhidmatan Bantuan Khusus Sensori Penglihatan
       (VI),  Perkhidmatan  Bantuan  Pembelajaran  Spesifik;  Perkhidmatan  Bantuan  Sokongan
       Pembelajaran Peringkat Rendah dan Peringkat Menengah, dan Perkhidmatan Bantuan Pendidikan

       untuk pelajar di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).























                                                          5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12