Page 5 - Laporan Tahunan 2020 UPK
P. 5

PENGENALAN








































       UPK bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan pendidikan inklusif dengan kerjasama pihak

       sekolah dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.


       Untuk  memantapkan  Sistem  Pendidikan  Inklusif  di  negara  ini,  guru  Special	 Educa,on	 Needs

       Assistance  (SENA)  mempunyai  peranan  utama  untuk  menyediakan  persekitaran  pembelajaran
       yang fleksibel iaitu secara perseorangan/individu atau dalam kumpulan kecil 1:3 terutamanya untuk
       pelajar berkeperluan khas tahap tinggi yang mempunyai Pelan Pendidikan Individu (Individualised
       Educa,on	Plan – IEP).




       Inklusif  dalam  pendidikan  atau  pendidikan  inklusif  adalah  konsep  dan  proses  menangani  dan
       memenuhi kepelbagaian dan keperluan semua pelajar. Perkara ini bersangkut-paut dengan hal-
       ehwal kehadiran, penyertaan dan pencapaian semua orang tanpa menghiraukan ketidakupayaan

       mereka,  jantina,  etnik,  agama  atau  lokasi  geografi.  Perkara  tersebut  memerlukan  beberapa
       peruntukan  dari  segi  pendidikan,  amalan  dan  program  untuk  menangani  kepelbagaian  dan
       keperluan semua pelajar. Salah satu pendekatan pendidikan seperti ini adalah melalui Pendidikan
       Khas.



       Pendidikan  Khas  merujuk  kepada  peruntukan  khusus,  amalan  dan  program  yang  dilaksanakan
       untuk  menyokong  dan  mencapai  agenda  Kementerian  Pendidikan  mengenai  pendidikan  inklusif.
       Pendidikan Khas merupakan salah satu daripada pendekatan di bawah Kementerian Pendidikan

       yang memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan khusus dari segi pembelajaran pelajar-pelajar
       berkeperluan khas.

                                                          3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10