Page 10 - Laporan Tahunan 2020 UPK
P. 10
BIDANG FOKUS
STRATEGIK UPK
Unit Pendidikan Khas sentiasa komited dalam memberikan dan
menyediakan perkhidmatan kepada pelajar berkeperluan khas
dan pihak-pihak yang berkepentingan berpandukan kepada
sistem pentadbiran yang adil dan saksama, berdasarkan
‘evidence-based-prac,ce’, dan menekankan akses dan
inklusiviti menjurus kepada dasar dan undang-undang
kebangsaan dan antarabangsa.
Menyalurkan sumber manusia; sumber fizikal; sumber maklumat
dan sumber kewangan untuk memudahkan akses, penyertaan,
dan pencapaian pelajar berkeperluan khas.
Rangka kerja dan garis panduan untuk mengukur dan menilai
keberkesanan program (kemajuan pelajar, kecekapan guru) dan
penyediaan bantuan perkhidmatan dan sumber.
Penglibatan individu / kumpulan / institusi yang mungkin
termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi kerajaan, badan
korporat, persatuan sukarelawan dan anggota masyarakat yang
mungkin mempunyai kepentingan dalam kejayaan dan kebajikan
pelajar berkeperluan khas. Unit Pendidikan Khas bekerjasama
dengan setiap pihak berkepentingan untuk meningkatkan
pembangunan kapasiti, membolehkan perkembangan, dan
mendukung pelaksanaan program serta memberikan
perkhidmatan profesional, dan bekerjasama untuk memastikan
pelajar berkeperluan khas dapat belajar dengan sumber yang
sesuai.
8