Page 51 - Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023
P. 51
Staf Eksekutif Terbaik (Gred 41 - 54)
Anugerah ini diberikan kepada Staf Eksekutif yang telah mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan
pentadbir bukan akademik termasuk dari segi kepimpinan dan profesionalisme yang ditonjolkan, selain
itu penerima juga mampu mencetuskan idea yang inovatif dan melaksanakannya secara berkesan
serta meletakkan kepentingan organisasi melebihi kepentingan diri sendiri.
Encik Mohd Fairuz bin Shar
Jurutera J44
Jabatan Pembangunan dan
Penyelenggaraan Harta Benda
En. Mohd Fairuz Shar telah berkhidmat selama 22 tahun
dan mengukir pelbagai pencapaian yang signifikan dalam
perkhidmatan beliau. Beliau memainkan peranan yang penting
sebagai pakar rujuk bagi penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan
pelbagai projek di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke
(RMK), UM telah berjaya diluluskan sejumlah RM269,331,500
untuk pembangunan infrastruktur, bangunan, dan peralatan,
termasuk peruntukan khas untuk peralatan usang dan mesra OKU
Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dari 2021 hingga 2024.
Selain itu, beliau turut bertanggungjawab sebagai urus setia dan
pakar rujuk dalam pelantikan perunding (fizikal) di seluruh kampus
UM. Beliau juga telah ditauliahkan oleh Institut Tadbir Awam
Negara (INTAN) dengan Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan
(Perunding).
Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC) pada tahun 2023 dan 2016 dalam mengukuhkan
kesungguhan dan kecemerlangan untuk menjalankan tugas di
UM.
Penglibatan dalam beberapa Taskforce Projek Pembangunan
UM, Jawatankuasa Teknikal, dan Penyediaan Spesifikasi Projek
adalah contoh lain yang menunjukkan komitmen beliau
terhadap kemajuan universiti ini. Dengan kesemua pengalaman
dan pencapaian ini, beliau komited untuk terus memberikan
sumbangan yang berharga kepada UM dalam menjayakan visi
dan misinya.
Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023 49