Page 55 - Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023
P. 55
Staf Operasi Terbaik (Gred 1 - 38)
Anugerah ini diberikan kepada Staf Operasi yang telah mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan pentadbir
sokongan termasuk dari segi kepimpinan dan profesionalisme, pengetahuan dan kemahiran, inisiatif dan inovasi,
hubungan interpersonal dan kerja berpasukan.
Puan Nik Normarhamah binti
Nik Mohd Ilmu Maradin
Pembantu Tadbir (P/O) N22
Jabatan Sumber Manusia
Sebagai penerima Anugerah Staf Operasi Terbaik (Gred 1-38) bagi tahun
2023 dari Universiti Malaya, Puan Nik Normarhamah binti Nik Mohd Ilmu
Maradin telah menunjukkan kecekapan dan kebolehan dalam meningkatkan
prestasi organisasi. Pencapaian terkini beliau adalah meningkatkan ranking
Universiti Malaya dalam eksesais myPortfolio dalam mencerminkan dedikasinya
terhadap keunggulan dan inovasi. Selain itu, Puan Nik Normarhamah juga
berperanan sebagai mentor dan perujuk kepada team HRMIS dan menunjukkan
kepemimpinan yang kukuh serta kemahiran dalam mengembangkan bakat.
Puan Nik Normarhamah juga telah menerima pengiktirafan seperti Sijil
Perkhidmatan Cemerlang (SPC) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(APC) dari perkhidmatan beliau di Bahagian Sumber Manusia (2010), Bahagian
Akademik (2016), Fakulti Pergigian(2020) dan Jabatan Sumber Manuisia (2023).
Dengan semangat ‘Kerja itu ibadah’, Puan Nik Normarhamah meneruskan
perjuangannya untuk mencapai kecemerlangan dan meningkatkan nama
Universiti Malaya sebagai pusat pendidikan terunggul.
Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023 53