Page 52 - Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023
P. 52

Staf Eksekutif Terbaik (Gred 41 - 54)

           Anugerah ini diberikan kepada Staf Eksekutif yang telah mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan
           pentadbir bukan akademik termasuk dari segi kepimpinan dan profesionalisme yang ditonjolkan, selain
           itu penerima juga mampu mencetuskan idea yang inovatif dan melaksanakannya secara berkesan
           serta meletakkan kepentingan organisasi melebihi kepentingan diri sendiri.


                                      Puan Nur Syazwani binti Rosli
                                      Penolong Pendaftar Kanan
                                      N44
                                      Unit Integriti
                                      Puan Nur Syazwani Rosli merupakan seorang pegawai yang kini bertugas di
                                      Unit Integriti dan memegang jawatan sebagai Yang Menjalankan Fungsi Ketua
                                      Unit Integriti sejak 2023. Sebelum itu beliau telah berkhidmat di Bahagian
                                      Perundangan sebagai Pegawai Undang-Undang selama hampir 9 tahun.
                                      Sepanjang perkhidmatan beliau di Universiti Malaya, beliau telah
                                      menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2018 dan 2021.
                                      Pada tahun 2023, sejak mengetuai Unit Integriti, sejak julung kalinya
                                      Unit Integriti  telah berkolaborasi dengan Universitas Muhammad
                                      Dahlan,  Indonesia.  Kolaborasi  ini  meningkatkan  lagi  visibility
                                      engagement Unit Integriti terutamanya di peringkat antarabangsa.
                                      Selain daripada itu, sepanjang perkhidmatan, beliau juga terlibat dengan
                                      rundingan di pelbagai peringkat dalam memastikan kepentingan Universiti dari
                                      sisi undang-undang adalah terpelihara. Selain daripada itu, beliau juga kini aktif
                                      terlibat dengan pelbagai program pembudayaan integriti di dalam Universiti
                                      serta giat menjalinkan pelbagai kerjasama dengan pihak luar seperti SPRM dan
                                      mengetuai siasatan kes-kes salah laku yang melibatkan pelbagai peringkat.












        50  Anugerah Cemerlang Universiti Malaya 2023
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57