Page 3 - Naratif PTP Fakulti Sains 2025-2030
P. 3
PENYELIDIKAN
Ekosistem penyelidikan yang berdayasaing terdiri daripada modal insan yang cemerlang yang disokong oleh
infrastruktur yang cemerlang, tadbir urus dan kepimpinan yang baik, dan hubungan yang kukuh dengan pihak
berkepentingan adalah penting kepada Fakulti Sains. Pendekatan kemanusiaan dalam pengurusan prestasi
bakat menekankan hubungan yang lebih baik di kalangan warga Fakulti Sains, untuk mempengaruhi perubahan
tingkah laku dan anjakan transformatif di kalangan staf dan pelajar, supaya sejajar sepenuhnya dengan visi UM
untuk masa depan penyelidikan yang cemerlang di Fakulti Sains. Kami juga akan memberi tumpuan kepada
penyediaan infrastruktur penyelidikan yang baik, sistem sokongan yang kukuh untuk tadbir urus penyelidikan,
dan penglibatan pihak berkepentingan yang dipertingkatkan. Semua ini akan memacu Fakulti Sains mengambil
kedudukannya sebagai pemain kebangsaan dan global yang dihormati dalam lapangan penyelidikan dan inovasi.
Kerjasama universiti-industri yang berkesan boleh dicapai melalui perkongsian sumber pintar untuk penyelidikan,
pengajaran & pembelajaran, kerjasama dan interaksi. Ruang di UM akan disesuaikan, dicipta dan diubah suai
untuk menyokong aktiviti ini melalui perkongsian berimpak tinggi Universiti-Industri yang menggalakkan
persekitaran menang-menang bagi semua inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Fakulti Sains.
Strategi dan Objektif
1 2 3
Penerokaan kerjasama Peningkatan kualiti ruang Peningkatan bilangan dan
Penyelidikan & Pembangunan dan peralatan Penyelidikan & ketersediaan peralatan canggih
(R&D) dengan rakan Pembangunan (R&D) ke aras serta terkini untuk kegunaan
penyelidikan luar/ industri yang boleh dibanggakan: warga Fakulti Sains dan aktiviti
di peringkat tempatan dan a. Menambahbaik secara penjanaan pendapatan:
antarabangsa: berperingkat kualiti ruang a. Menyediakan peralatan
a. Pembangunan fasiliti perintis R&D yang telah dikenalpasti di canggih dan unik, di fasiliti
ruang R&D melalui kerjasama Fakulti Sains. berpusat bagi tujuan gunasama
PPI dengan rakan industri dan untuk aktiviti penjanaan
terpilih. pendapatan;
b. Melaksanakan program
akreditasi peralatan R&D; dan
4 c. Meningkatkan kapasiti
modal insan terlatih untuk
valorisasi peralatan dan fasiliti
Pemerkasaan kualiti penyelenggaraan ruang Penyelidikan & R&D secara optimum serta
Pembangunan (R&D) di Fakulti Sains: mampan.
a. Menambahbaik pengurusan proses dan turutan kerja penyelenggaraan;
dan
b. Menambahbaik kompetensi dan modal insan untuk penyelenggaraan
fasiliti dan peralatan.