Page 5 - Naratif PTP Fakulti Sains 2025-2030
P. 5

PENJANAAN PENDAPATAN





               Fakulti Sains juga perlu beralih daripada penawaran kepada penciptaan permintaan dalam pendidikan tinggi dan
               menjadi sebahagian daripada penciptaan kekayaan di peringkat nasional yang dipacu oleh kepakaran intrinsik
               fakulti. Malah cabaran yang perlu didepani boleh menyediakan laluan pengembangan kapasiti baharu untuk fakulti,
               terutamanya dalam membolehkan kemampanan kewangan. Kestabilan dan kemampanan kewangan bukan sahaja
               akan memastikan Fakulti Sains dapat mencapai peranan dan tanggungjawab sosio-ekonominya, tetapi juga akan
               membolehkan fakulti melabur dalam aktiviti masa depan dan peluang lain yang terlepas pandang dan belum
               diterokai khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan itu, untuk mencapai kestabilan kewangan
               yang lebih baik dan akhirnya kemampanan untuk fakulti kekal berdaya saing di peringkat nasional dan global, adalah
               penting untuk Fakulti Sains mempelbagaikan sumber pendapatannya melangkaui hasil umum, menjana aliran
               hasil baharu, mengoptimumkan perbelanjaan dan menerima pakai modaliti dan proses perniagaan yang bijak dan
               diperkemas. Ini akan membolehkan Fakulti Sains, sebagai fakulti terkemuka sebuah Universiti Penyelidikan awam
               di Malaysia, meneruskan peranannya sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan sains di pentas global.



                                              Strategi dan Objektif



                             1                   a.   Membangunkan laman web FSConsult bagi pemusatan maklumat
                                                     perkhidmatan, perundingan dan kerjasama yang ditawarkan oleh  Fakulti
                                                     Sains;
                                                 b.   FSConsult X UMConsult – membangunkan  jalinan kerjasama lebih
                   Pemerkasaan penawaran             komprehensif dengan UMConsult bagi pemudahcaraan dan peningkatan
                 perkhidmatan, perundingan dan       aktiviti perundingan oleh Fakulti Sains;
                  kerjasama penyelidikan oleh    c.   FSConsult X Industri – inisiatif penerokaan peluang dan pengurusan
                        Fakulti Sains:               kerjasama yang lebih mampan dengan industri;
                                                 d.   Penambahan peralatan baharu dan menaik taraf mutu perkhidmatan
                                                     berasaskan peralatan; dan
                                                 e.   Penambahbaikan  sumber manusia bagi memenuhi keperluan penawaran
                                                     perkhidmatan oleh Fakulti Sains.




                             2                   a.   Program Science@UM Workshop Series – Menawarkan modal awalan
                                                     (seed money) sebagai modal permulaan untuk setiap bengkel yang
                     Penganjuran bengkel,            diluluskan(contohnya: RM3,000 per  bengkel);
                  seminar penyelidikan bersiri,   b.   Program Science@UM Seminar Series -  Menawarkan modal awalan (seed
                  latihan teknikal, persidangan      money) sebagai modal permulaan untuk setiap seminar yang diluluskan
                 penyelidikan dan pertandingan       (contohnya: RM2,000 per seminar);
                   Inovasi Antarabangsa bagi     c.   Program Science@UM Training Series – Mewujudkan program latihan
                   tujuan peningkatan profil         kompetitif yang disasarkan kepada industri  sesuai dengan keperluan
                  Fakulti Sains dan penjanaan        industri; dan
                        pendapatan:
                                                 d.   Program Science@UM Micro Credential Program -  Menawarkan kursus
                                                     jangka pendek yang kompetitif kepada pelanggan prospektif.
   1   2   3   4   5   6