Page 2 - Pelan Tindakan Pembangunan (PTP) Fakulti Sains 2025-2030
P. 2

PELAJAR DAN AKADEMIK





               Fakulti Sains mempercayai bahawa bahagian penting dalam keseluruhan pengalaman hidup positif dan tidak
               dapat dilupakan oleh setiap pelajar di fakulti ini, berkait rapat dengan kewujudan infrastruktur yang berkualiti
               dan ruang interaksi sosial yang kondusif, serta disokong oleh infrastruktur dan pengurusan digital yang cekap.
               Untuk tujuan itu, Fakulti Sains menyusun strategi penyediaan infrastruktur pembelajaran moden dan kondusif
               dilengkapi kemudahan sokongan terkini, bagi menggalakkan interaksi sosial antara pelajar dari pelbagai latar
               belakang budaya dan sosioekonomi. Ini termasuk menyediakan kemudahan baharu, menaik taraf kemudahan
               sedia ada dan menggunakan semula kemudahan di fakulti. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lancar
               dan cekap dapat dicapai dengan lebih baik melalui penyediaan pelantar digital hibrid, bersepadu dan automatik
               menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini. Pelantar ini akan  memangkin pertumbuhan
               persekitaran pembelajaran hibrid masa hadapan, menyokong aktiviti fizikal, dan menggabungkan penggunaan
               sistem ICT yang sesuai untuk aktiviti PdP digital lanjutan. Menyediakan perjalanan kitaran pengalaman yang positif
               untuk para pelajar akan memastikan pertalian yang lebih kukuh antara mereka dengan Fakulti Sains, sebagai
               pelajar dan sebagai alumni. Rasa kesetiaan dan penglibatan emosi, yang disemai semasa kitaran pengalaman
               mereka melalui mutu PdP yang dinamik dan menarik, serta melalui proses yang lancar tanpa kerumitan, akan
               memastikan bahawa hubungan ini berterusan sehingga dan bahkan selepas tamat pengajian apabila mereka
               menjadi ahli alumni UM lulusan Fakulti Sains kelak.


                                              Strategi dan Objektif





                             1                             2                              3


                     Peningkatan tahap            Penambahbaikan kualiti         Penambahbaikan mutu
                kesejahteraan pelajar (students’   prasarana ICT dan komunikasi   ruang aktiviti pengajaran dan
                  wellbeing) di Fakulti Sains:    untuk kegunaan pelajar:     pembelajaran (PdP) yang lebih
                a.   Penyediaan bilangan ruang   a.   Peningkatan kapasiti data       kondusif:
                   aktiviti yang optimum dan lebih   serta mutu capaian internet   a.   Penyediaan infrastruktur yang
                   mesra pelajar;                  untuk aktiviti pengajaran     lebih mesra OKU seperti untuk
                b.     Penyediaan ruang surau      dan pembelajaran (PdP) dan    individu dengan kelainan upaya
                   yang selesa dengan bilangan     pengalaman belajar interaktif;   penglihatan, pendengaran dan
                   optimum terutama untuk          dan                           pergerakan (kerusi roda);
                   muslimah;                   b.   Pemudahcaraan            b.   Penambahbaikan mutu
                c.   Peningkatan kualiti           penambahbaikan mutu dan       pencahayaan di ruang
                   pengudaraan di ruang aktiviti   capaian isyarat telefon pintar.   gunasama, ruang aktiviti pelajar
                   dan istirehat pelajar.                                        dan ruang PdP;
                                                                             c.   Penambahbaikan mutu tatahias
                                                                                 ruang terutama untuk ruang
                                                                                 PdP di Fakulti Sains
                                            4                                d.     Penyediaan persekitaran
                                                                                 ruang PdP yang lebih aman dan
                  Peningkatan mutu dan kelestarian pengurusan hubungan warga     kondusif;
                                       Fakulti Sains:                        e.     Penyediaan dan
                                                                                 penyelenggaraan kemudahan
                a.   Peningkatan mutu penyampaian maklumat dan komunikasi multilateral   PdP secara jarak jauh yang lebih
                   yang lebih efektif untuk semua pemegang taruh di Fakulti Sains;
                                                                                 baik; dan
                b.     Pendidikan etika penggunaan tandas; dan
                                                                             f.     Penggunaan pintu yang lebih
                c.   Kelestarian dana dibawah pengurusan Fakulti Sains.          sesuai untuk ruang PdP.
   1   2   3   4   5   6   7