Page 5 - Pelan Tindakan Pembangunan (PTP) Fakulti Sains 2025-2030
P. 5

PENJANAAN PENDAPATAN





               Fakulti Sains juga wajar beralih daripada penawaran kepada penciptaan permintaan dalam pendidikan tinggi, dan
               mengambil bahagian secara proaktif dalam penciptaan kekayaan di peringkat kebangsaan dipacu oleh kepakaran
               intrinsik fakulti. Malah cabaran yang perlu didepani Fakulti Sains berpotensi menyediakan laluan pengembangan
               kapasiti baharu untuk fakulti, terutamanya dalam meningkatkan kemampanan kewangan. Kestabilan dan
               kemampanan kewangan bukan sahaja akan memastikan Fakulti Sains dapat mencapai peranan dan tanggungjawab
               sosio-ekonominya, tetapi juga akan membolehkan fakulti melabur dalam pelbagai inisiatif masa depan dan peluang
               lain yang terlepas pandang serta yang belum diterokai khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan itu,
               untuk mencapai kestabilan kewangan yang lebih baik dan akhirnya kemampanan agar Fakulti Sains kekal berdaya
               saing di peringkat kebangsaan dan global, adalah penting untuk fakulti ini mempelbagaikan sumber pendapatannya
               melangkaui hasil umum, menjana aliran hasil baharu, mengoptimumkan perbelanjaan dan menerima pakai modaliti
               serta  proses  penjanaan  pendapatan  yang  bijak  dan  diperkemas.  Ini  akan  membolehkan  Fakulti  Sains,  sebagai
               fakulti terkemuka sebuah Universiti Penyelidikan awam di Malaysia, meneruskan peranannya sebagai peneraju
               kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan sains di pentas global.
                                              Strategi dan Objektif



                                                 a.   Membangunkan laman sesawang FSConsult bagi pemusatan maklumat
                             1                       perkhidmatan, perundingan dan kerjasama yang ditawarkan oleh Fakulti
                                                     Sains;
                                                 b.     FSConsult X UMConsult – membangunkan  jalinan kerjasama lebih
                                                     komprehensif dengan UMConsult bagi pemudahcaraan dan peningkatan
                   Pemerkasaan penawaran             aktiviti perundingan oleh Fakulti Sains;
                 perkhidmatan, perundingan dan   c.     FSConsult X Industri – inisiatif penerokaan peluang dan pengurusan
                  kerjasama penyelidikan oleh        kerjasama yang lebih mampan dengan industri;
                        Fakulti Sains:
                                                 d.     Penambahan peralatan baharu dan menaik taraf mutu perkhidmatan
                                                     berasaskan peralatan; dan
                                                 e.     Penambahbaikan  sumber manusia bagi memenuhi keperluan penawaran
                                                     perkhidmatan oleh Fakulti Sains.





                             2                   a.   Program Science@UM Workshop Series – Menawarkan modal awalan
                                                     (seed funding) sebagai modal permulaan untuk setiap bengkel yang
                     Penganjuran bengkel,            diluluskan(contohnya: RM3,000 per  bengkel);
                  seminar penyelidikan bersiri,   b.     Program Science@UM Seminar Series -  Menawarkan modal awalan (seed
                  latihan teknikal, persidangan      funding) sebagai modal permulaan untuk setiap seminar yang diluluskan
                 penyelidikan dan pertandingan       (contohnya: RM2,000 per seminar);
                   Inovasi Antarabangsa bagi     c.     Program Science@UM Training Series – Mewujudkan program latihan
                   tujuan peningkatan profil         kompetitif yang disasarkan kepada industri  dan disesuaikan dengan
                  Fakulti Sains dan penjanaan        keperluan industri; dan
                        pendapatan:              d.     Program Science@UM Micro Credential Program -  Menawarkan kursus
                                                     jangka pendek yang kompetitif kepada pelanggan prospektif.
   1   2   3   4   5   6   7