Page 3 - Pelan Tindakan Pembangunan (PTP) Fakulti Sains 2025-2030
P. 3

PENYELIDIKAN





               Ekosistem penyelidikan yang berdayasaing terdiri daripada ketersediaan modal insan yang cemerlang yang
               disokong oleh infrastruktur yang efisien, tadbir urus dan kepimpinan yang baik, dan hubungan yang kukuh dengan
               pihak berkepentingan, adalah penting  kepada Fakulti Sains. Pendekatan kemanusiaan dalam pengurusan
               prestasi bakat menekankan hubungan yang lebih baik di kalangan warga Fakulti Sains dalam memangkin
               perubahan  tingkah laku dan  anjakan transformatif  di kalangan  staf dan  pelajar, sejajar  sepenuhnya dengan
               visi UM untuk masa depan penyelidikan yang cemerlang di Fakulti Sains. Fakulti Sains juga akan memberikan
               tumpuan kepada penyediaan infrastruktur penyelidikan yang baik, sistem sokongan yang kukuh untuk tadbir
               urus penyelidikan, dan penglibatan pihak berkepentingan yang dipertingkatkan sama ada dari kalangan warga
               kampus, komuniti luar dan rakan industri. Semua ini akan memacu pengukuhan status Fakulti Sains sebagai
               pemain yang disegani di peringkat kebangsaan dan global, dalam lapangan penyelidikan dan pembangunan
               (R&D) serta inovasi. Kerjasama Universiti-Industri yang berkesan boleh dicapai melalui perkongsian sumber
               secara pintar untuk penyelidikan, pengajaran & pembelajaran, pemudahcaraan interaksi kondusif dan kerjasama
               komprehensif. Ruang di Fakulti Sains  akan diwujudkan, disesuaikan dan diubah suai untuk menyokong semua
               aktiviti ini melalui perkongsian berimpak tinggi Universiti-Industri yang menggalakkan persekitaran menang-
               menang bagi semua inisiatif R&D di Fakulti Sains.



                                             Strategi dan Objektif






                           1                              2                             3


                  Penerokaan kerjasama          Peningkatan kualiti ruang      Peningkatan bilangan dan
                Penyelidikan & Pembangunan     dan peralatan Penyelidikan &   ketersediaan peralatan canggih
                   (R&D) dengan rakan          Pembangunan (R&D) ke aras     serta terkini untuk kegunaan
                 penyelidikan luar/ industri    yang boleh dibanggakan:     warga Fakulti Sains dan aktiviti
                 di peringkat tempatan dan    a.   Menambahbaik secara         penjanaan pendapatan:
                     antarabangsa:               berperingkat kualiti ruang   a.   Menyediakan  peralatan
              a.   Pembangunan fasiliti perintis   R&D yang telah dikenalpasti di   canggih dan unik, di fasiliti
                  ruang R&D melalui kerjasama    Fakulti Sains.                berpusat bagi tujuan gunasama
                  awam swasta (Public Private                                  dan untuk aktiviti penjanaan
                  Partnership; PPP) dengan rakan                               pendapatan;
                  industri terpilih.                                        b.   Melaksanakan program
                                                                               akreditasi peralatan R&D; dan
                                          4                                 c.   Meningkatkan  kapasiti
                                                                               modal insan terlatih untuk
                                                                               valorisasi peralatan dan fasiliti
                  Pemerkasaan   kualiti penyelenggaraan ruang Penyelidikan &   R&D secara optimum serta
                            Pembangunan (R&D) di Fakulti Sains:                mampan.
              a.   Menambahbaik  pengurusan proses dan turutan kerja penyelenggaraan;
                  dan
              b.   Menambahbaik  kompetensi dan modal insan untuk penyelenggaraan
                  fasiliti dan peralatan.
   1   2   3   4   5   6   7