Page 2 - PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP) JKR NEGERI TERENGGANU
P. 2

PERUTUSAN YANG BERHORMAT MULIA
             SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU





                                                      Assalamualaikum Warahmatullahi
                                                      Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


                                                      Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan
                                                      kehendak dan limpah kurnia-Nya maka terhasilnya
                                                      Pelan  Antirasuah Organisasi (OACP)  Jabatan
                                                      Kerja Raya Negeri  Terengganu yang merupakan
                                                      satu dokumen bagi menangani pengurusan risiko,
                                                      permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti
                                                      dan rasuah di jabatan.


                                                      Pelan OACP Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu
                                                      ini adalah pendokong matlamat Pelan Antirasuah
                                                      Nasional (NACP) 2019-2023 dalam insiatif  2.1.5 di
                                                      bawah “Strategi 2: Memperkukuhkan  Kecekapan
                                                      Perkhidmatan  Awam” yang  mewajibkan  semua
                                                      sektor awam membangunkan  Pelan OACP
                                                      diperingkat jabatan masing-masing.

                 Walau  bagaimanapun  Pelan  NACP 2019-2023  ini  digantikan  dengan  Strategi
                 Pembanterasan Rasuah  Nasional (NACS) 2024-2028  yang telah dilancarkan  oleh
                 Perdana Menteri Malaysia dan menyeru semua penjawat awam memberikan khidmat
                 sebaik mungkin.

                 Besarlah harapan saya agar penjawat awam Terengganu terutama sekali warga Jabatan
                 Kerja Raya Negeri Terengganu dapat memberikan sepenuh komitmen terhadap Pelan
                 OACP bagi memastikan objektif Pelan OACP ini tercapai dan sekaligus meningkatkan
                 keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berintegriti.

                 “ Rasuah Dihina Maruah Dibina ”


                 Sekian, terima kasih.





















                                                            i
   1   2   3   4   5   6   7